Friday 26 June 2015

Brownies Lapis Biskut


Resepi Brownies Lapis Biskuit

Untuk lapisan brownies :

10 sdm butter
1 1/4 cup gula
3/4 cup cocoa powder
1/2 sdt garam
2 sdt ekstrak vanilla
2 butir telur
1/2 cup tepung terigu

Untuk lapisan adunan biskuit :

1 pek biskuit
1/2 cup butter
1/4 cup brown sugar
3/4 gula
1 butir telur
1 1/4 ekstrak vanilla
1 1/4 cup tepung terigu
1/2 garam
1/2 sdt baking soda
1/2 sdt baking powder
1 cup choco chip

Cara membuat :

1. Lapisan brownies: Lelehkan butter dengan api sedang, tambahkan gula dan cocoa powder. Aduk hingga rata. Matikan api. tambahkan garam, ekstrak vanilla dan telur. Aduk hingga rata. Tambahkan tepung, aduk kembali hingga rata.

2. Lapisan biskuit: Campur butter dan gula menggunakan mixer. Tambahkan telur dan vanilla, pastikan semua bagian telah tercampur. Tambahkan tepung, garam, baking soda dan baking powder. Aduk kembali hingga rata. Campurkan choco chips, sisihkan sebentar.

3. Panaskan oven dengan ukuran 350 derajat Celcius. Siapkan loyang dan beri olesan margarin atau butter dan tepung untuk memudahkan dalam mengeluarkan.

4. Masukkan lapisan pertama yaitu lapisan biskuit. Taruh biskuit (utuh) diatas adonan sebanyak yang Anda inginkan. Lapisi lagi dengan adonan brownies.

5. Panggang selama 30-35 menit. Tusuk dengan lidi atau tusuk gigi untuk memastikan semua bagian telah matang. Setelah matang, angkat dan angin-anginkan.

6. Keluarkan dari loyang. Potong menurut selera dan sajikan dengan es krim atau topping lain seperti stroberi.

(sharing resepi dari orang Indonesia) 



Cream Puff Gebu!

Sharing resepi Cream Puff ... insyaallah jika guna teknik yang betul cream puff akan naik gebu... Resepi dr myresepi juga oleh zaliana untuk puff dan filling dari yani (myresepi) barakallahu fik...



Bahan-bahan puff ( menghasilkan 35 biji )




  • 125 gm self raising flour atau tepung gandum + 2 sudu teh baking powder
  • 100 gm butter
  • 250 ml air 
  • 1 sudu teh gula 
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 3 biji telur (telur ni kalau saiz L 3 biji tp kalau saiz kecik jadikan 4 biji)


bahan untuk filling kastard

Bahan-bahan untuk filling (dibuat terlebih dahulu sblm puffnya)

2 sudu besar tepung gandum*
2 sudu besar tepung jagung*
8 sudu besar gula*
2 cup susu segar (240ml X2)
2 biji telur (L size)
1 sudu teh esen vanila
2 sudu besar mentega
secubit pewarna kuning

Cara-cara untuk filling

1.Masukkan bahan bertanda * ke dalam mangkuk. Masukkan 5 sudu besar susu. Kacau jangan ada yang berketul.

2. Masukkan telur dan kacau lagi. Kemudian masukkan susu yang selebihnya dan kacau.

3. Masukkan semua bahan tadi ke dalam periuk... masak menggunakan api sederhana dan kacau supaya ia tidak berkerak dan hangus...masak sehingga ia pekat berkilat dan padam api.. masukkan mentega. Kacau.

4. sejukkan filling sebelum dimasukkan ke dalam piping bag..

Cara-cara untuk puff


masak atas dapur je kacau selalu ye...supaya tidak berkerak dan hangus 

1. Panaskan air,gula dan butter dalam periuk sampai mendidih. Masukkan tepung,kacau hingga adunan tak melekat pada periuk.Masak adunan dengan api sederhana sehingga nampak kepingan nipis terbentuk. Kemudian padamkan api. Sejukkan.


gula, butter dan air masak hingga mendidih 

setelah mendidih adunan butter masukkan adunan tepung ..
alihkan dr api kacau hingga ia sebati...

setelah sebati alihkan semula ke tempat api ..
masak sekejap sehingga jd mcm dlm gambar ni.. masak kejap je

2. Pukul semua telur dlm bekas lain terlebih dahulu. saya guna pemukul tangan 
Adunan tepung tadi pula letak dlm bekas lain (tgok gambar) kemudian masukkan sedikit demi sedikit telur ke dalam adunan tepung ..mix sebati.


pukul terlebih dahulu telor2 ni..saya guna pemukul tangan je


masukkan adunan tepung yang telah dimasak tadi dlm bekas mixer dan masukkan telor sedikit demi sedkit..masukkan esen vanila dan pukul sehingga sebati

3. Masukkan adunan ke dalam piping bag. Pipe menggunakan nozzle bentuk bintang.



dlm dulang pembakar letakkan aluminium foil dan oleskan dgn sedikit butter ... masukkan butter tuk puff dlm piping bag dan juga filling kastard dlm piping bag.. sebelum tu panaskan oven selama 10 minit 200cc



nampak muncung2 puff tu kan...tekan sikit supaya hasilnya nanti pun cantik 


4. Spray air ke atas doh untuk membantu adunan naik. Bakar dalam oven hingga permukaan puff kecoklatan,lebih kurang 25-30 minit. Oven hendaklah dipanaskan dulu, bakar dalam suhu 200 darjah celcius api atas bawah. kedudukan dulang biarlah ditengah2 supaya permukaan dan bawah cream puff sekata masaknya dan suhu yang panas membantu puff naik dengan sempurna.



5. Pastikan puff telah benar-benar masak sebelum dikeluarkan dari oven. Ia kelihatan ringan,bahagian bawahnya tidak melekat di dulang dan telah berwarna kuning kecoklatan sedikit. Jika dikeluarkan sebelum cukup masak, puff akan turun dan tidak berongga di dalamnya. jangan bukak oven sebelum tamat tempoh ye..kalau tak mmg puff turun melepek...

6. Gunting sedikit bahagian tepi puff dan pipe kan filling.








hmmm...gebu! :)


Biskut Famous Amos


BISKUT FAMOUS AMOS (Resepi Chef Wan)

Bahan-bahan ayak :
280 gm (2 1/4 cawan) tepung gandum
10 gm (3 tsp) serbuk koko
2 Tbsp tepung jagung
1/2 tsp soda bikarbonate
2 Tbsp susu tepung
Secubit garam

Bahan-bahan lain :
250 gm mentega
150 gm gula kastor
1/2 tsp asen vanilla
1 biji kuning telur
100 gm (1/2 cawan) coklat chip
100 gm sebarang kekacang(walnut, badam, gajus dll yang dicincang) atau kismis - optional

Cara-cara :
1. Pukul mentega, gula kastor dan esen vanilla hingga kembang.

2. Masukkan kuning telur dan pukul rata.

3. Masukkan bahan-bahan ayak dan kemudian kacau hingga sebati dengan spatula atau tangan.

4. Masukkan coklat chip dan cincangan kacang atau kismis. Kacau rata.

5. Sudukan adunan ke atas dulang pembakar. Boleh juga diuli menjadi bebola-bebola kecil dengan menggunakan tangan. Susun di atas dulang pembakar. 
PERHATIAN! JANGAN LETAKKAN BEBOLA RAPAT-RAPAT ANTARA SATU SAMA LAIN KERANA BEBOLA INI AKAN MENGEMBANG DAN MELEPER SEWAKTU PROSES PEMBAKARAN.

6. Bakar pada suhu 160 C selama 15-25 minit bergantung kepada saiz bebola-bebola adunan anda.

7. Sejukkan dahulu biskut sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara.




Moza Cheese Sheperd Pie

Sedap nampak pie cheese daging ni dan nampak mudah juga nak buat tu...


Simple Moza Cheese Sheperd Pie

Resepi Mashed Potato :

Kentang
1 kotak kecil susu segar
2/3 sudu besar butter 
secukup rasa garam, serbuk lada hitam + serbuk lada sulah

Cara:
- Rebus kentang sampai empuk, toskan & lenyekkan hingga agak halus (nak simple, gunakan belakang mug). Masukkan butter, susu segar, sedikit garam + serbuk lada hitam + serbuk lada sulah.


Inti Daging (Simple) :

Daging kisar
Bawang besar + bawang putih cincang 
Serbuk lada hitam
Sedikit tepung jagung 
Serbuk perasa + garam

Cara:
- Tumis bawang besar + bawang putih cincang, masukkan daging kisar. 
- Agak daging dah empuk, masukkan serbuk lada hitam & perasa + garam.
- Masukkan sedikit tepung jagung untuk pekatkan inti, dah agak kental sikit, angkat & toskan air/minyaknya. Ketepikan


Topping :

Mozarella cheese parut + sedikit daun sup / daun parsley / atau apa2 je janji nampak hijau...
sedikit paprika / serbuk cili di atas (untuk kasi rasa Malaysia - mau pedas sikit


Cadangan bakar :

(Seperti di gambar) --> Masukkan dalam oven 180 - 12 minit untuk cairkan cheese je kat atas tu.. Siap, untuk dihidang! 

Selamat mencuba!


Thursday 25 June 2015

Cucur Badak Kuih Tradisional


Gambar-gambar cucur badak ini adalah dari cucur badak yang akak dah buat sendiri ye.. :)

Resepi Kuih Cucur Badak

Bahan-bahan:-

Untuk inti:
½ biji kelapa parut
100 gram udang kering (rendam dan kisar)
1 ulas bawang putih
3 biji bawang merah
7 tangkai lada merah
1 cm halia
1 batang serai
1 sudu teh serbuk kunyit
2 sudu makan gula
½ sudu teh garam
2 sudu makan minyak masak

Untuk doh :
250 gram keledek (rebus dan lenyek)
3 ½ sudu makan tepung gandum
½ sudu teh garam
½ kg minyak masak (untuk menggoreng)

CARA-CARA : 




Untuk inti:
1) Panaskan minyak. Masukkan semua bahan yang telah dikisar. Masak hingga menggelegak.
2) Masukkan kelapa. Kacau rata. Tutup api dan ketepikan.

Untuk kuih :
1) Gaul rata semua bahan doh kecuali minyak masak membentuk doh. Tambah tepung sedikit demi sedikit sekiranya doh lembik dan melekat.
2) Ambil sedikit doh dan bentukkan bulat sebesar bola golf. Isikan inti di tengah tengahnya.
3) Sementara itu panaskan minyak di dalam kuali.
4) Goreng doh yang telah diisi inti sehingga keemasan. Angkat dan tos.






Selamat Mencuba!


Roti Jala


ROTI JALA

Ada 2 resepi yang berlainan...

Roti Jala Resepi oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
3 cawan tepung gandum
2 1/2 sudu besar minyak masak
1 sudu kecil garam
1 biji telur
3 cawan air/santan/susu segar (saya guna air dicampur sedikit santan)
Sedikit pewarna kuning

Cara-cara:
Blendkan semua bahan di atas hingga sebati. Kalau nak tahu adunan dah boleh dijala atau belum, cuba masukkan sesenduk ke dalam acuan. Kalau keluarnya tak putus-putus maknanya dah boleh di jala menggunakan kuali non stick. Kuali biasa pun boleh asal tak melekat. Kalau pekat tambah air lagi sehingga boleh dijala.

Lepas jala atas kuali biarkan dalam beberapa saat. Kalau dah masak tak payah dibalik terus aje di angkat dan digulung.

*******************

Resepi Roti Jala yang lagi satu ialah dari Rahsia Hawa...


BAHAN-BAHANNYA:

1 cawan tepung gandum
3/4 cawan air
1/2 cawan susu segar (optional, kalau tak nak susu, letak air)
2-3 titik pewarna makanan kuning
1 biji telur
3 camca besar mentega air (atau minyak zaitun)
Secubit garam
Sos kegemaran sebagai pencicah (kuah kari, sambal tumis, gula atau apa saja yang sesuai)

CARA MEMBUATNYA :

Satukan semua bahan2 di atas kecuali sos pencicah. Kacau rata dengan whisk dan tapis bancuhan tadi. Ketepikan 10 minit.

Panaskan non-stick pan, mat guna saiz 10 inci. 
Lenser dengan sedikit minyak zaitun (lap dengan paper towel bersih yang dicelop sedikit minyak). 
Bila panas, paip kan adunan yang telah diisi dalam acuan botol sos bermuncung tiga secara zig-zag. 
Kemudian buat kaedah sama tapi kali ini bertentangan jaluran tadi.

Masak dengan api kecil, bila permukaan roti jala nampak pucat, berhati2 lipat seperti dalam gambar, kemudian dari pangkal, gulung perlahan2 hingga ke hujung. 
Kemaskan dan alih dalam pinggan. Buat kaedah sama untuk baki adunan, hingga siap. 

Hidangkan bersama sos kegemaran atau sambal tumis.




Wednesday 24 June 2015

Creative Decoration

Dah banyak akak share kan resepi pada hari ini, kali ini terasa pulak nak share gambar-gambar comel untuk decoration bagi hidangan nampak menarik dan unik. Suka akak tengok decoration ni..kreatif...









sumber:stylish eve

cute kan?  :)



Rotiboy - Mochaboy

Suatu ketika dulu, akak rajin ke KLCC dengan menaiki LRT. hmmm...setiap kali keluar dari station LRT nak ke lobby KLCC tu, memang lalu depan bakeri yang famous nama Rotiboy. Bau nya ketika panas tu oooiiiii... wangi nya.. :)  Haaa..ni dapat pulak resepinya ni dan akak kongsikan di sini. Cara penulisan resepi Rotiboy ini 100% akak copy dan paste ye dari pembuatnya...


Resepi Rotiboy ini dapat menghasilkan +-35 biji roti...berat doh 35-40gm

Bahan-bahan :

500 gm tepong roti 
100 gm gula yang dikisar halus/kastor
5 gm garam 
20 gm susu tepong 
5 gm bread softner
5 gm bread improver
12 gm instant yis 
1 sudu kecil baking powder
1 biji telor saiz A / 2 biji saiz c - (pecahkan dlm mangkuk dan tambah garam dan kacau hingga sebati)
70 gm butter / saya guna shortening 
225 gm air sejok /kalau guna 2 biji telor saiz c kurangkan air kepada 180-190gm

Cara:

*campur semua bahan kering, kalau boleh garam jgn dicampur sekali ngan yis ...sbb tu saya campurkan telor dan garam..dan curah dlm adunan nanti.

*nak tau samada yis kita tu elok atau tidak..lbh baik yis dicampur dgn air suam 
sedikit dan tambah 1 sudu kecil gula kastor .biarkan 5 minit.jika ia berbuih dan 
mengembang maka yis tu aktif.

*masukkan bahan cecair, uli sehingga sebati.

*masukkan butter/shortening, uli hingga doh licin dan elastik dlm 20-30 minit..
rehatkan doh selama 40 minit atau sehingga naik sekali ganda.

* tapi kalau cuaca agak sejuk proses pengembangan agak lambat mgkn lebih pada sejam...

*doh dah kembang ..tumbuk2kan doh tersebut..bulat2kan doh seberat 35-40gm masukkan inti doh..tutup rapat2 doh tu ye..sbb nanti proses pengembangan inti tu nanti terkeluar..saranan saya baik guna papercup. doh ni akan mengembang... so dlm dulang pembakar kene jarakkan jauh2 ye.. sblm tu kalau tak nak guna paper cup terus nak letak kat dulang pembakar kene sapu butter/shortening/marjerin dulu diatas dulang pembakar

*biarkan doh naik sekali ganda..( utk proses pengembangan ni saya taruk dlm oven n saya panaskan oven saya dulu dlm suhu bawah 40 darjah/30 darjah dlm 30 minit..) tutup dengan plastik atau kain ye atas permukaan roti tu..

*kemudian bila doh dah naik..pipekan topping diatas roti itu dlm bentuk spiral bulatan..dari tengah doh sampai habis...

*kalau mochaboy tu tarukla inti dlm doh guna dark cooking chocolate yang dipotong kecik2..insyaallah coklat tak keluar. tp bila sejuk coklat tu jd sedikit keras. nak guna chocolate filling pun boleh tp tutup doh rapat2bdan bulatkan balik dan taruk dlm papercup..tunggu dia kembang dan pipekan topping.. tabur dark choco chips 7 minit semasa proses pembakaran nanti...jangan tabur sblm proses nanti chips tu akan jatuh ke bawah.

*oven yang telah dipanaskan 10 minit terlebih dahulu dan bakar pada suhu 170 selama 15-20 minit. part ni kene perhati kang terhangus pulak..sbb oven berbeza tahap kepanasan ni ..empunya oven yang tau oven dia mcmana..



Cara guna BM (cara saya):
semuanya masuk dlm BM, guna dough programme no.8. saya punya BM 20 minit kneading dan 1jam 10 minit perap biarkan BM wat kerja hingga 20 minit pertama. stop kan dan tekan semula start buat lagi 20 minit dan stop smula dan buat lagi programme no 8 biarkan ia bekerja sampai habis..keluarkan doh tumbuk2kan doh. uli bentuk bulat2 kecil..berat doh lebih kurang 35-40gm.leperkan masukkan bahan inti..tutup smula..pastikan ditutup kemas ye sbb takut nanti inti terkeluar...saranan saya lebih baik guna papercup...perapkan sehingga ia mengembang sekali ganda..
pipekan filling pada doh dlm bentuk spiral bulatan dr tengah roti shingga keluar
bakar roti suhu 170 dlm tempoh 15-20 minit..part ni kene perhati kang terhangus pulak..sbb oven berbeza tahap kepanasan ni ..empunya oven yang tau oven dia mcmana..
resepi ni pula dr kak wan..citarasawan


topping rotiboy/mochaboy  :

100gm mentega
80gm gula aising
2 biji telor dipukul terlebih dahulu
2tbsp atau 3 tbsp serbuk kopi segera (saya guna nescafe 3 in 1 yang strong) larut dgn 2 sudu besar air panas
100gm tpg gandum
25gm tpg jagung


caranya :

pukul mentega dan gula hingga kembang
masukkan telor dan bancuhan nescafe kacau hingga sebati..kemudian masukkan tpung2 dan kacau hingga sebati.. masukkan dlm piping bag dan simpan dlm peti sejuk..nak guna kluarkan..


inti/filling rotiboy :

100gm mentega bergaram dilembutkan
sedikit esen vanila
35gm gula perang
*jika taknak inti ni terkeluar masa proses pengembangan doh..kene tutup rapat2..tp kekadang tutup rapat2 pun terkeluar juga kan..saranan saya guna paper cup


caranya :

pukul mentega dlm kelajuan mixer sederhana dlm 3 minit kemudian masukkan esen vanila dan gula perang..pukul sebati dan letak dlm bekas kecik dan disejukkan... inti ni mmg dia akan mengeras dan nanti bila nak masukkan dlm doh ambik sikit guna sudu..


filling coklat tuk mochaboy :

dark chocolate potong kecik
dark chocolate chips tuk tabur * letak chips ni semasa proses pembakaran setelah 5 minit dimasukkan buka pintu oven tarik sikit dulang pembakar n letak chips atas roti..tekan perlahan..



sumber : Pn noraini abd wahab


Yummy Fruit Tart


FRUIT TART
By : CMG Dapur Tanpa Sempadan

Bahan Tart:
150 gram tepung halus atau tepung gandum 
25 gram gula aising, diayak
70 gram mentega sejuk, didadu kecil
1 biji telur, dipukul sedikit
1/2 camca teh esen vanilla

Bahan Kastard:
1 cawan susu segar
1 1/2 camca besar tepung kastard
1 1/2 camca besar gula halus
1 camca teh esen vanilla
1 camca besar mentega
ita tambah secubit garam ~ sikit aje 

Hiasan:
Buah starwberry segar secukupnya
Buah kiwi secukupnya, hiris
Sedikit coklat susu atau coklat masakan ~ dicairkan 
Piping jelly ~ untuk mengilatkan buah 
Croquant secukupnya (bertih jagung kisar) ~ yg ni ita  ganti gula icing.


Penyediaan Tart :

Gaul tepung, gula aising dan mentega sejuk hingga menjadi teksture seakan2 serbuk roti, guna hujung jari saja. Tuang esen vanilla dan masukkan telur sedikit demi sedikit dan digaul hingga menjadi doh. Rehatkan sekejap. Sediakan acuan tart, ambil doh tadi sebesar duti 20 sen dan tekan dalam acuan tat dan bentukkan mengikut acuan tadi dan kemaskan. Buat hingga siap, cucuk sikit degan garfu pada dasar doh dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180C selama 25 minit. Biar sejuk sebentar dan keluarkan dari acuan. Sejukkan atas jaringan dan boleh simpan dalam bekas kedap udara untuk kegunaan kemudian.

Penyediaan Kastard:

Satukan semua bahan untuk kastard kecuali mentega dan esen vanilla, dalam periuk. Kacau dengan whisk hingga semua sebati. Masak atas api kecil hingga kastard pekat, kacau selalu. Matikan api, masukkan esen vanilla dan mentega. Kacau rata dan ketepikan sebentar, biar sejuk sedikit.

Hiasan:

Buah strawberry dipotong 2 atau ikut saiz kulit tart, begitu juga buah kiwi. Ambil satu kulit tart, sapu sedikit coklat cair pada dasarnya, kemudian sudukan kastard 1/2 penuh. Susun buah strawberry dan kiwi tadi. Beruskan dengan sedikit piping jelly pada permukaan buah dan tepi kulit tart. Berhati2 tabur croquant disekeliling tart. Buat kaedah sama untuk baki kulit tart dan buah2an segar tadi. Boleh hidangkan. Sesuai untuk majlis formal atau santai. Boleh juga disimpan dalam peti sejuk.




hmmmm....so yummy! :)




Super Moist Eggless Chocolate Cake


Akak tengok ramai yang dah cuba dan share resepi moist chocolate cake atau pun kek coklat lembab tanpa telur ni...mesti sedap kan! Akak pun nak cuba nanti...

Super Moist Eggless Chocolate Cake
Resepi : DapurKu SaYang


Bahan-bahan : loyang 6-7 inci 
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1/2 cawan serbuk koko  (DJ guna Cap Kijang)
  • 2 sudu besar susu tepung
  • 1 1/4 cawan air sejuk (dari peti ais)
  • 1 cawan gula perang
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 1/2 sudu kecil coffee emulco atau chocolate emulco
  • secubit garam
  • 1/2 cawan minyak masak sayuran atau minyak jagung atau mentega cair
  • 1 sudu kecil cuka atau jus lemon


Cara-cara : 

Panaskan oven pada suhu 160C. Sediakan loyang kek. Griskan dengan mentega. Jika ingin menggunakan paper cup pun boleh juga. 

Ayakkan tepung bersama baking powder, soda bikarbonat dan serbuk koko di dalam bekas besar. Masukkan tepung susu, garam dan gula perang. Kemudian dikacau rata-rata.

Masukkan air sejuk, minyak masak, esen vanila dan coffee emulco/chocolate emulco. Kacau perlahan-lahan dengan whisk. Pastikan adunan tidak berketul.
Akhir sekali masukkan cuka atau jus lemon. Terus dikacau serta merta sehingga sebati.

Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar selama 30-40 minit atau hingga masak. 

Sejukkan kek setelah masak. Boleh juga dihiaskan dengan topping kegemaran.




Boleh juga dibuat dalam cupcake...



Jom cuba! :)


Sedapnya Kuih Talam Berlauk


Resepi kuih TALAM BERLAUK 


BAHAN-BAHAN:
  • 250gm tepung beras
  • 200gm keladi
  • 100gm udang kering
  • 2 sudu teh garam
  • 1000ml air
  • 500ml santan

BAHAN HIASAN:
  • 100gm udang kering | disangai dan dikisar halus
  • 20gm bawang goreng
  • 2 biji telur | didadar nipis dan dihiris halus
  • 2 tangkai cili merah | dihiris tipis
  • 1 tangkai daun sup | dipotong halus

CARA MEMASAK:

1. Keladi direbus dan dikisar bersama air. Asingkan.
2. Satukan tepung beras, keladi kisar, garam, santan dan air. Kacau sebati dan tapiskan ke dalam periuk.
3. Seterusnya masukkan udang kering. Kacau rata di atas api sederhana sehingga naik wap.
4. Setelah itu, tuangkan ke dalam loyang. Kukus selama 30 minit.
5. Akhir sekali, apabila hendak dihidangkan, barulah diletakkan bahan hiasan.


Jom share resepi ni
Sumber : RASA KARANGKRAF 




Vadai Garing Menyelerakan


Kuih vadai ni memang peberet akak, tapi dah lama tak buat. Resepi pun dah hilang. Elok pulak nampak resepi ni tadi di fb.. So, akak pun share lah di sini agar tak hilang :) Jom kita buat nanti ye..

Resepi Vadai

Bahan-bahan :
  • 4 cwn kacang dal (rendam 4 jam)
  • 4 biji bawang besar #
  • 2 biji cili merah #
  • 2 biji cili hijau #
  • 3 tangkai cili kering #
  • 1 sudu besar jintan manis (tumbuk kasar)
  • 2 tangkai daun sup & daun bawang #
  • 1 tangkai daun kari #
  • 2 sudu besar tepung gandum
  • 1 biji telur
  • Sedikit garam & serbuk perasa



Cara-caranya:
  • Semua bahan yg bertanda # dicincang halus
  • Tinggalkan 1/2 cwn kacang dal, selebihnya di kisar dgn telur & masukkan sedikit air dlm 1 senduk kecil saja.
  • Selesai kisar yg td, campurkan bahan kisar tu dgn 1/2 cwn kacang dal & semua bahan yg lain dlm 1 bekas gaul sebati.
  • Panaskan kuali dgn api perlahan, kepal-kepalkan bentuk bulat, masukkan perlahan-lahan dalam minyak & goreng hingga kekuningan.



Siap, sedia utk dihidang.

~ Selamat Mencuba ~



Puding Castard Fruit Cocktail Pemanis Mulut


sharing resepi dpt dari fb..

Puding Castard Fruit Cocktail

Bahannya:
  • 1 cawan tepung castard
  • 5 cawan air ( dah termasuk air fruit cocktail)
  • 5 sudu besar gula pasir

Cara2 nya :
  • Tapis fruit cocktail
  • Ambil airnya jadikan 5 cawan
  • Bancuh air tadi dengan tepung castard dan masukan gula
  • Kacau atas api perlahan hingga masak dan berkilat
  • Tuang dalam acuan yang disukai
  • Sejukan sebelum dimakan dengan kuahnya.

Kuahnya : 
  • 1 tin susu cair
  • 1/2 cawan gula
  • 2 helai daun pandan
  • Campur semua bahan2
  • Kemudian dipanaskan atas dapur hingga naik wap ( jangan dimasak hingga mendidih ye)

Jika suka kuahnya lebih bolehlah digandakan.
Sedap dimakan bersama fruit cocktail







Sedap dimakan masa berbuka puasa ni ! :)