Monday 22 June 2015

Macaroni Bakar Buat Hidangan Petang

Baru 2 hari lepas akak mencuba resepi Macaroni Bakar ni, dapat dari fb... memang sedap! meh cuba... :)


MAKARONI BAKAR

Bahan-bahan:

  • 250 gram macaroni – rebus dan toskan
  • 1 tin susu cair
  • 6 biji telur (4 biji untuk dalam adunan dan 2 biji untuk dibahagian terakhir)
  • 1 cawan bawang goring
  • ½ cawan tomato soup
  • 100 gram kacang peas
  • Bahan A dimasak seperti buat inti karipap 
  • 500gram daging kisar
  • 1 suduteh lada putih
  • 3 ulas bawang putih-dimayang
  • 2 labu bawang besar – di potong kuib
  • 1 bungkus rempah kari daging
  • 2 camca  minyak sapi
  • Garam dan serbuk perasa
  • Daun bawang dan daun sup
  • Cili merah di mayang halus.


Cara membuatnya:

1. Bahan A: Panaskan minyak sapi dan tumiskan bawang putih, masukkan rempah kari , masak sehingga naik bau. Masukkan daging dan lada sulah, serta bawang besar, masak sehingga kering airnya.

2. Campurkan Bahan A dengan macaroni, susu cair, 4 biji telur( pukul sedikit sahaja), bawang goring, tomato soup, kacang peas, perasa, garam, daun sup dan daun bawang.

3. Masukkan kedalam acuan 12×10 yang telah disapu minyak.

4. Taburkan dengan cili merah dan akhir sekali tuangkan telur (2 biji di pukul sedikit)

5. Jika suka, boleh taburkan sedikit mozarella cheese di atasnya.

6. Bakar selama 1 jam dengan kepanasan 150-200 bergantung kepada oven.



hmmm... inilah hasil nya..





Selamat mencuba!



No comments:

Post a Comment