Sunday 21 June 2015

Uniknya Udang Sanggul Ini


Tertarik betul akak tengok gambar masakan ni...dapat dari mukabuku.. unik sungguh! Cara buat Udang Sanggul ni macam simple jugak.. Jom kita try.. :))

RESEPI UDANG SANGGUL

BAHAN :
  • 20 ekor udang sederhana besar
  • 1 cawan tepung gandum
  • Sedikit garam
  • Sedikit serbuk lada sulah
  • Air secukupnya
  • Kulit popia secukupnya


CARA:

Bersihkan udang dengan dibuang kulit kecuali bahagian ekor. Perapkan dengan sedikit garam (sedikit sahaja) & serbuk lada sulah. Ketepikan. Bancuh tepung gandum dgn air sehingga mendapat bancuhan yg sederhana pekat. Ketepikan. 

Ambil beberapa helai kulit popia. Leraikan supaya tidak melekat antara satu sama lain. Lipat dua & gunting menjadii juraian2 yg halus memanjang. Celup udang di dalam bancuhan tepung gandum. Lilitkan udang dgn juraian kulit popia sehingga menutup semua bahagian kecuali ekor. Goreng sehingga garing & kekuningan. Boleh dimakan begitu saja atau dicicah sos cili & mayonis.

Nota: Selain udang, boleh jugak menggunakan hirisan sotong atau hirisan isi ayam yg dipotong memanjang.

Selamat mencuba! :)



No comments:

Post a Comment