Showing posts with label kek. Show all posts
Showing posts with label kek. Show all posts

Wednesday, 19 August 2015

Kek Kukus Coklat


Kek kukus coklat ni akak suka buat untuk makan santai-santai sebab kek ni tak manis, memang akak lebihkan koko dan letak dark chocolate supaya rasanya pahit sikit...

Ada juga regular customer yang sukakan kek coklat ni..


Marvellous Brownies


Brownies ini adalah feveret anak akak. So, akak pun ambillah kelas baking brownies ni. Mula-mula tu memang tak ada niat nak jual, hanya untuk makan-makan family saja. 



brownies sedang di bakar



baru masak..sebelum ditambah hiasan


Tapi, bila sedara dan kawan-kawan datang ketika akak ada buat brownies ni, semua berkenan.. dan ramai pulak yang order. Dari situ lah melarat-larat dah mendapat tempahan hingga untuk Majlis Bertunang pun ada. 

Brownies boleh ditempah samada loyang ukuran 8x8 atau pun 12x12.




Ada juga yang order sikit, untuk makan sendiri aje... 
akak letak dalam bekas seperti ini.. ada 4 pcs (2"x2")


atau pun bekas plastik  ini...



Brownies ni boleh juga dijadikan sebagai door gift untuk majlis, diletakkan di dalam kotak kecil seperti ini...






untuk tempahan... sila pm di facebook atau pun..



Double Chocolate Indulgence Cake with Ganache



Baru-baru ni akak telah hadiri 1 kelas baking sebab teruja sangat lepas tengok gambar topping ganache dengan bunga ros tu. Nampak begitu klasik sekali. Memang agak cerewet nak buatnya... makan masa.. tapi berbaloi ! Akak dah pun mendapat tempahan untuk majlis pertunangan. Alhamdulillah rezki..





Kek yang di dalamnya ialah Double Chocolate Indulgence yang rasanya sama yang dijual di Secret Recipe tu... sangat yummy dan memang sedap! 







untuk tempahan... pm di facebook atau pun...


Thursday, 13 August 2015

Cara-Cara Membuat Ising Dan Topping Kek

Assalamualaikum, hmmm..dah agak lama tak update resipi.. 
maaflah,.. akak ni sibuk mengambil tempahan untuk open house...sambil sibuk juga menghadiri open house teman-teman... sampai dah berkilo-kilo dah naik ni :))

Akak cuma sempat post gambar ke facebook aje di page BellaLicious..

Ok, akak tadi tengah layan fb, tetiba ternampak pulak post mengenai cara buat topping atau ising cake... hmmm.. jom kita share sesama.. semoga bermanfaat buat bakers..















































Jommm..kita try cantikkan kek kita ! :))


Friday, 31 July 2015

Kek Lapis Kukus Cream Cheese



Kek Lapis Kukus Cream Cheese (loyang 8 x 8 x 3 inci)

BAHAN A:

250 gm cream cheese
60 gm gula halus
1 biji telur
1 sudu besar air
1 sudu besar tpng gandum


Cara-cara:

Pukul cream cheese bersama dngn gula hingga sebati.
Masukkan telur diikuti dngn air dan tepung gandum. Pukul lagi dan gaul sebati.
Biarkan sebentar.


BAHAN B (KEK) :

2 biji telur
1 cwn gula halus
1 sk vanilla
sedikit garam
1/2 cwn air panas didih
1/2 cwn cwn susu segar/cair
1/2 cwn minyak jagung/masak
1 cwn tpng gandum*
3 sudu besar sebuk koko*
1 sudu kecil baking soda*
1/2 sudu kecil baking powder*(* bahan2 perlu diayak dulu)


Cara-cara :

Pkl telur didalam bekas lain bersama gula sehingga kembang.

Setelah kembang masukkan vanilla dan garam.

Masukkan air panas,susu dan minyak.

Setelah itu masukkan tpng gandum, baking soda, baking powder dan serbuk koko yg telah diayak dan gaul sebati.

Biarkan sebentar dan bahagi pada 2 bahagian. Bahagikan pada 2 bahagian.


CARA MEMASAK :

Panaskan kukusan dan balut dengan kain penutupnya. Guna api sederhana je.

Sapukan sedikit minyak/mentega di sekeliling loyang dan alas dngn kertas minyak.

Tuang adunan coklat, tutup loyang dngn aluminium foil dan kukus selama 15-20 minit.

Buka aluminium foil dan tuang adunan cream cheese diatasnya, tutup semula guna aluminium foil dan kukus selama 15 minit.

Setelah itu tuang lagi adunan coklat selebihnya, tutup lagi guna aluminium foil dan kukus lagi selama 20 minit.

Setelah benar2 sejuk, boleh potong dan hidangkan.





*Nota

Masa buat yg chesse tu asingkan sekit dlm 3 atau 4 sudu gitu...lapis coklat di bawah.. letak chesse tu titik titikkan atas yg coklat tu than ambik lidi ke atau apa saja yg tajam..boleh lorek lorekkan ikut suka corak apa..


copypaste


Kek Kukus 3 Layer


Kek Kukus 3 Layer

Bahan bahan:

6 biji telur
1 cawan gula halus
1 sudu mkn ovalette
1 sudu teh esen vanilla
1 cawan fresh milk
1/2 cawan whipping cream
2 cawan tepung gandum
1/2 cawam minyak masak


Cara-cara:

1. pukulkan telur, gula halus, ovalette dan esen vanilla sampai kembang, 

2. Masukkan minyak gaul rata dan masukkan fresh milk n whipping cream dan gaul rata.

3. Masukkan tepung gandum dan gaul rata.

4, Bahagikan adunan kepada 3 bahagian, satu bahagian kekalkan warna putih, satu bahagian lagi letak 1 tbsp coffee paste dan satu adunan lagi letak 1 tbsp serbuk koko n 3 tbsp chocolate ganache.

5. Saya guna acuan segi empat saiz 8.

6. Kukuskan dulu bahagian putih 10 minit, pastu tuang bahagian coffee dan kukus lagi selama 10 minit dan last sekali tuangkan bhgn chocolate tadi, kukus lagi utk 20 -30 minit.


copypaste

Sunday, 12 July 2015

Black Forest Cake Yang Klasik Dan Mewah


Resepi Black Forest Cake

Klasik dan mewah, selalu jadi favourite dalam setiap perayaan apa pun, bahkan sekadar minum teh di waktu petang. Melihatkan bahasa orang yang memberi resepi ini, mungkin orang Indonesia...  Agak mudah juga buatnya...

Black Forest Cake

Bahan:
8 butir telur
60 gr coklat bubuk
40 gr maizena
100 gr terigu protein rendah/sedang
1 sdm emulsifier
100 gr mentega, lelehkan
200 gr gula pasir
1/4 sdt vanilla

Hiasan:
500 gr krim kocok
100 gr Dark Cooking Chocolate
10 buah cherry merah
1 kaleng cherry hitam, saring, pisahkan airnya

Cara membuat:
Campur terigu, coklat bubuk dan maizena, aduk rata. Siapkan 3 buah loyang ukuran 22x22x4 cm, olesi margarine, alasi kertas roti, oles lagi dengan margarine.

Kocok telur, gula dan emulsifier hingga mengembang dan kental (sampai membentuk jambul petruk).

Masukkan campuran tepung sambil diayak, aduk hingga tercampur rata. Masukkan mentega leleh, aduk rata.

Tuang ke dalam loyang, oven hingga matang (180 C, 20-25 menit). Angkat, keluarkan dari loyang, dinginkan.

Penyelesaian:
Basahi satu lapis cake dengan air cherry hitam, oles dengan krim kocok, lalu atur belahan cherry hitam di atasnya. Tumpuk diatasnya lapisan kedua. Ulangi proses yang sama hingga lapisan teratas. Setiap lapisan jangan lupa dibasahi dengan air cherry hitam.

Rapikan, oles seluruh cake dengan krim kocok, hias dengan coklat serut atau coklat bentuk lain hingga tertutup semua. Semprotkan krim kocok di atasnya, hias dengan cherry merah.


sumber: Fatmah Bahalwan