BISTIK EGG
Bahan-bahan:
Daging hancur 400g
Telur 3 biji
Bawang Jepun 1 biji (hiris)
Bawang putih 3 ulas (hiris halus)
Baby corn (hiris)
Carrot (hiris halus)
Daun bawang (hiris)
Tomato 4 biji (buang biji & potong cube)
Sos tiram 3 sudu*
Kicap manis 2 sudu*
Sos cili 3 sudu*
Sos tomato 4 sudu*
Sedikit air
Garam & perasa
* Mix
Cara:
First, tumis bawang jepun + bawang putih hingga naik bau, then masukkan daging hancur, gaul hingga daging masak.
Masukkan kesemua sos yg telah digaul sekali. Then, tambah air & masukkan baby corn + carrot + tomato + garam & perasa, gaul hingga mesra.
Lastly masukkan daun bawang, tutup api.
Untuk balut daging hancur dgn telur, pukul sebati 3 biji telur + sedikit garam.
Panaskan minyak dlm kuali, masukkan telur tadi dan angkat kuali untuk ratakan telur & besarkan permukaan telur supaya mudah untuk dibalut nnti.
Gunakan api perlahan, apabila telur agak masak dibahagian dasar kuali (xperlu balikkan telur), letak daging hancur tadi di tgh telur, tutup api dan balut (lipat telur kiri dan kanan, dan seterusnya lipat atas dan bawah)..DONE!
sumber
Nasi Paprik
Bahan-bahan:
½ ekor ayam - dipotong kecil2
4 ulas bwg merah - ditumbuk
2 ulas bwg putih - ditumbuk
1 labu bwg besar - dimayang
2 btg serai - dititik
2 biji buah tomato - dipotong 4
5 biji cili padi (depends, kalau suka pedas boleh tambah lagi)- ditumbuk
2 biji limau kasturi - diambil jusnya
5 helai daun limau purut - carik-carikkan
bunga kobis, kacang buncis/panjang, karot dan jagung muda
sedikit sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis
bahan2 perasa.
Cara-cara
1) Panaskan kuali. gorengkan ayam (agak2 sampai masak, jgn terlalu garing).
2) Masukkan bawang merah, bwg putih dan cili yg ditumbuk, kacau sekejap.
3) Masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis. Biarkan mendidih sekejap dan masukkan pula sedikit air. masukkan serai, daun limau purut dan sayur-sayuran.
4) Bila dah mendidih, masukkan bwg besar dan buah tomato. semasa menghidang, perahkan limau kasturi.
Selamat Mencuba...
sumber
hmmmm..sedapnya!
Sambal Tumis Terung Belanda
BAHAN-BAHAN:
100 gm ikan bilis
200 gm terung belanda
15 tangkai cili kering | dikisar
1 biji bawang besar | dikisar
2 ulas bawang putih | dikisar
2 cm belacan | dikisar
1 sudu makan air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dan tumis bahan yang telah dikisar sehingga garing.
2. Kemudian masukkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa.
3. Kemudian masukkan ikan bilis dan terung belanda.
4. Kacau mesra dan masak buat beberapa ketika.
5. Sedia untuk dihidang.
sumber