Bahan-bahan puff ( menghasilkan 35 biji )
- 125 gm self raising flour atau tepung gandum + 2 sudu teh baking powder
- 100 gm butter
- 250 ml air
- 1 sudu teh gula
- 1 sudu teh esen vanila
- 3 biji telur (telur ni kalau saiz L 3 biji tp kalau saiz kecik jadikan 4 biji)
bahan untuk filling kastard
2 sudu besar tepung gandum*
2 sudu besar tepung jagung*
8 sudu besar gula*
2 cup susu segar (240ml X2)
2 biji telur (L size)
1 sudu teh esen vanila
2 sudu besar mentega
secubit pewarna kuning
Cara-cara untuk filling
1.Masukkan bahan bertanda * ke dalam mangkuk. Masukkan 5 sudu besar susu. Kacau jangan ada yang berketul.
2. Masukkan telur dan kacau lagi. Kemudian masukkan susu yang selebihnya dan kacau.
3. Masukkan semua bahan tadi ke dalam periuk... masak menggunakan api sederhana dan kacau supaya ia tidak berkerak dan hangus...masak sehingga ia pekat berkilat dan padam api.. masukkan mentega. Kacau.
4. sejukkan filling sebelum dimasukkan ke dalam piping bag..
Cara-cara untuk puff
masak atas dapur je kacau selalu ye...supaya tidak berkerak dan hangus
1. Panaskan air,gula dan butter dalam periuk sampai mendidih. Masukkan tepung,kacau hingga adunan tak melekat pada periuk.Masak adunan dengan api sederhana sehingga nampak kepingan nipis terbentuk. Kemudian padamkan api. Sejukkan.
gula, butter dan air masak hingga mendidih
setelah mendidih adunan butter masukkan adunan tepung ..
alihkan dr api kacau hingga ia sebati...
setelah sebati alihkan semula ke tempat api ..
masak sekejap sehingga jd mcm dlm gambar ni.. masak kejap je
Adunan tepung tadi pula letak dlm bekas lain (tgok gambar) kemudian masukkan sedikit demi sedikit telur ke dalam adunan tepung ..mix sebati.
pukul terlebih dahulu telor2 ni..saya guna pemukul tangan je
masukkan adunan tepung yang telah dimasak tadi dlm bekas mixer dan masukkan telor sedikit demi sedkit..masukkan esen vanila dan pukul sehingga sebati
3. Masukkan adunan ke dalam piping bag. Pipe menggunakan nozzle bentuk bintang.
dlm dulang pembakar letakkan aluminium foil dan oleskan dgn sedikit butter ... masukkan butter tuk puff dlm piping bag dan juga filling kastard dlm piping bag.. sebelum tu panaskan oven selama 10 minit 200cc
nampak muncung2 puff tu kan...tekan sikit supaya hasilnya nanti pun cantik
6. Gunting sedikit bahagian tepi puff dan pipe kan filling.
hmmm...gebu! :)
saya tak faham part nak bakar dia tu. lepas buat bentuk puff. kena panaskan oven lepastu terus masukkan puff ke?
ReplyDelete