Showing posts with label sardin. Show all posts
Showing posts with label sardin. Show all posts

Wednesday, 1 July 2015

Sardin Roll




Resepi Sardin Roll

Bahan-bahan

300gm tepung gandum
120gm marjerin / mentega sejuk
1/2 sudu teh garam
3 sudu besar air ais (air dari peti sejuk)

Inti Sardin

1 tin sardin sederhana
1/2 biji cili merah di cincang
1/2 biji bawang besar di cincang
1 sudu kecil jus limau nipis
1/2 sudu teh garam / secukup rasa
sedikit lada sulah

1 biji kuning telur untuk glis






Cara-cara :

Inti Sardin : Lecek sardin (keluarkan dulu sosnya), gaul bersama bahan-bahan yang lain hingga rata. Jika inti agak kering tambahkan sedikit sosnya.

1. Doh Pastri : Gaul dan ramas marjerin ke dalam tepung sehingga menjadi seperti serbuk roti. Masukkan sedikit garam dan air sejuk dan uli hingga menjadi doh.

2. Canai pastri hingga 3mm tebal dan potong persegi 4 x 4in. Isikan setiap potongan pastri dengan inti sardin.

3. Sapu tepi pastri dengan putih telur dan gulung kemas. Letakkan ke atas dulang pembakar dan glis atasnya dengan kuning telur. Buat 2 atau 3 cucukan di atas permukaan pastri dengan garpu.

4. Bakar di dalam oven yang telah di panaskan terlebih dahulu pada suhu 180C di tingkat atas selama 10 minit. Kemudian keluarkan dari oven dan sapu lagi dengan kuning telur (supaya warnanya kuningnya lebih terang) Kurangkan suhu kepada 130C dan bakar lagi selama 15 minit atau hingga masak.

** Doh pastri agak keras tetapi jangan di tambah air. Doh akan ranggup selepas dibakar.





(Maaf, akak terlupa pulak...resepi ni sharing dari siapa)

Saturday, 20 June 2015

Sardin Puff Sebagai Juadah Berbuka Puasa

Akak terasa pulak nak post satu lagi resepi kat sini pagi ni, mmm.. nampak sedap jugak sardin puff (resepi dari Mat Gebu) untuk makan masa berbuka puasa nanti... Sardin, kalau masak apa pun memang akak suka... Jom kita cuba try buat esok! :))


Resepi Sardine Puff

BAHAN INTI :

1 tin kecik sardine cap ayam, asingkan ikan dan sosnya
1/2 camca besar cili kisar
1 biji bawang besar, didadu
2 ulas bawang putih, cincang halus
1 hirisan halia, cincang halus
1 camca besar sos tomato
Garam dan gula secukup rasa
2 biji limau kasturi, perah jusnya


BAHAN LAIN :

1 pack puff pastry jenama "Kawan" bersaiz 4 inci x 4 inci
1 kuning telur, dikacau sedikit
Keju mozarella secukupnya (atau guna keju chesdale)
Serbuk lada hitam, secukupnya.




Cara Membuatnya : 

UNTUK INTI :

Panaskan sedikit minyak dalam kuali, Tumis bawang putih, bawang besar dan halia hingga harum. Masukkan cili kisar, sos tomato dan tumis hingga garing. Masukkan ikan sardine dan hancurkan. Kacau rata. Tambah garam secukup rasa dan sedikit gula. Akhir sekali, masukkan jus limau kasturi, kacau rata dan matikan api. Sejukkan.


UNTUK PUFF PASTRY :

Ambil 1 keping puff pastry tadi. 
Potong huruf "L" pada penjuru pastry, buat potongan sama juga untuk penjuru satu lagi, tapi pastikan ianya tidak putus pada 2 penjuru lain. Kemudian sapu kuning telur pada keliling bahagian luar garisan (seperti dalam gambar). Lepas tu lipat satu bahagian ke dalam, pastikan ianya berada didalam garisan (seperti dalam gambar), kemudian bahagian satu lagi dilipat ke arah berlawanan, tekan2 sedikit biar lekat. Alih ke dalam loyang pembakar. Buat hingga siap. Sapu kuning telur atas pastry tadi dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 190C selama 20 minit.


UNTUK SARDINE PUFF :

Keluarkan pastry tadi. Buat lubang pada bahagian tengah pastry (seperti dalam 
gambar), sudukan inti sardine hingga penuh dan letakkan beberapa cebisan keju mozarella. Buat hingga siap dan bakar kembali dalam oven selama 5 - 6 minit sehingga 
keju mencair dan kelihatan keemasan. Alih kan sardine puff tadi atas jaringan. Boleh juga ditebur serbuk lada hitam jika suka..


Semoga menjadi ye!
Selamat mencuba...