Showing posts with label hidangan minum petang. Show all posts
Showing posts with label hidangan minum petang. Show all posts

Friday, 14 August 2015

Mini Pavlova


MINI PAVLOVA

Bahan-bahan:

4 lbiji (120 grams) telur putih
1 cawan (200 grams) gula kaster
1/2 sudu kecil vanilla esen
1 sudu kecil cuka makanan
1/2 sudu makan tepung jagung


Topping:

1 cup (240 ml) non-diary whipping cream
1/2 cup cheese cream 


Cara buat Cheese Cream:

1. Pukul Cheese sehingga kembang
2. Masukan Non-diary whipping cream dan pukul lagi sehingga kembang dan gebu.


Buah untuk hiasan:

Buah segar- markisa, kiwi, strawberries, raspberries, blackberries, pic, nanas dan lain-lain buah mengikut kesukaan anda.


Cara buat mini pavlova:

1. Pukul putih telur sehingga setengah kembang. Masukkan gula kaster sedikit demi sedikit dan pukul lagi sehingga putih telur kembang sepenuhnya. Pastikan gula semuanya telah hancur.

2. Kemudian masukkan vanilla esen, cuka dan tepung. Kacau dengan spatula perlahan-lahan.

3. Tuangkan atas acuan kertas kecil2.

4. Panaskan oven pada 200 darjah C dalam 10 min.

5.Bila masukan pavlova dalam oven terus turunkan suhu kepada 160 darjah C dan Bakar dalam oven selama lebih kurang 1 jam. Tutup suis dan biarkan dalam oven sehingga sejuk.

6. Keluarkan dari oven dan sapukan dengan krim. Hiaskan dengan buah-buahan segar.


sumber


Karipap Daging


KARIPAP DAGING


Bahan inti daging:

3 biji kentang ( potong dadu )
200g daging ( dipotong dadu )
1/2 biji bawang besaq + 1 ulas bawang putih + 1 sudu kecik udang kering ( di blender )
1/2 biji bawang besaq ( dipotong dadu )
1 sudu kecik serbuk kari
2 tangkai daun sup ( dihiris halus )
Garam n lada hitam secukup rasa 
2 sudu besaq minyak.
1 cawan air


Cara-cara:

Panaskan minyak n tumis bahan blender sampai pecah minyak, Pastu masukkan daging kacau rata, masak sampai air daging kering. Kemudian masukkan serbuk kari ( aku tuangkan je serbuk tu ) kacau rata n masukkan kentang n bawang besaq dadu serta secawan air, sesuaikan rasa garam n lada hitam, masak sampai kentang empuk dan inti agak kering. Pastu masukkan daun sup n kacau rata, tutup api n sejukkan..


Bahan kulit karipap:

2 cawan tepung gandum
1 sudu besaq tepung beras
1 sudu besaq tepung jagung
1 sudu besaq minyak
1 sudu besaq butter
Secubit garam
Air panas tuk menguli


Cara-cara:

Masukkan tepung2 sumer n garam dlm mangkuk. Panaskan minyak n butter, kemudian tuangkan dlm mangkuk tepung td pelan2 sambil kacau tepung ngan sudu. Kacau hingga adunan jd cam serbuk roti. Pastu masukkan air sedikit demi sedikit hingga adunan menjadi doh. Uli sekejap sampai doh menjadi licin n sejukkan. siap tuk kelim mengelim.


sumber


Pancake Cepat Dimasak Sedap Dimakan


Anda nak buat hidangan untuk minum petang yang ringkas? Jom buat pancake! Cepat di masak, sedap di makan :))


PANCAKE

Bahan bahan:

1 cawan tepung gandum
2 biji telur
1 sudu besar butter yang tidak keras (sy guna unsalted butter)
1 sudu teh serbuk penaik 
sedikit garam
1 cawan susu cair / susu segar


Cara:

1. kisar semua bahan

2. panaskan pan. ambil sesenduk dan tuangkan ke dalam pan anti-stick dengan api yang kecil tanpa perlu letak marjerin pada pan. caranya tuangkan di tengah tengah pan dan biarkan ia melebar sendiri.

3. biar sehingga kelihatan lubang lubang seperti di bawah. kemudian alihkan..masak sebentar then angkat.

4. hidang bersama syrup choc dan mix dried fruits..ikot suka hati u..makan dengan butter, jem or etc.


sumber


Minum Petang Dengan Tuna Roll


RESEPI TUNA ROLL

Bahan - bahan :

BAHAN INTI 

1 tin ikan tuna, toskan
1 biji bawang besar saiz sederhan, didadu kecil
2 pokok kuchai @ 3 helai daun bawang, hiris halus
1 1/2 camca besar mayonnaise
Serbuk lada sulah secukup nya
Sedikit jus lemon

BAHAN2 LAIN

2 biji telur, dipukul sedikit dengan 1 camca besar susu air dan secubit garam
7 - 8 keping roti sandwich Gardenia
Serbuk roti secukupnya, mat guna kaler oren kekuningan
Sos cili + mayonnaise, kacau rata..


CARA MEMBUATNYA 

1. UNTUK INTI :- Satukan semua bahan2 untuk inti, kecuali jus lemon, gaul rata dan perah sedikit jus lemon dan kacau rata, rasa dan jika ok, ketepikan.

2. UNTUK TUNA ROLL RANGUP :- Canai sedikit roti sandwich tadi hingga leper. Ambil 1 camca besar penuh inti dan ratakan pada 2/3 bahagian roti, sapu telur pada bahagian depannya

3. Gulung kemas dan ketepikan. Telur tu umpama gam dia. Buat kaedah sama pada baki bahan2 hingga siap. Kemudian celup dalam telur tadi dan golek atas serbuk roti hingga semua bahagian bersalut rata. Ketepikan dan buat hingga siap.

4. Goreng dalam minyak sederhana panas hingga kuning keemasan, angkat, tos dan letak atas beberapa kepingan paper towel. Kemudian kerat dan hidangkan ikut gaya masing2 bersama sos cili + mayonnaise. 

Selamat mencuba untuk semua..


sumber


Monday, 22 June 2015

Macaroni Bakar Buat Hidangan Petang

Baru 2 hari lepas akak mencuba resepi Macaroni Bakar ni, dapat dari fb... memang sedap! meh cuba... :)


MAKARONI BAKAR

Bahan-bahan:

  • 250 gram macaroni – rebus dan toskan
  • 1 tin susu cair
  • 6 biji telur (4 biji untuk dalam adunan dan 2 biji untuk dibahagian terakhir)
  • 1 cawan bawang goring
  • ½ cawan tomato soup
  • 100 gram kacang peas
  • Bahan A dimasak seperti buat inti karipap 
  • 500gram daging kisar
  • 1 suduteh lada putih
  • 3 ulas bawang putih-dimayang
  • 2 labu bawang besar – di potong kuib
  • 1 bungkus rempah kari daging
  • 2 camca  minyak sapi
  • Garam dan serbuk perasa
  • Daun bawang dan daun sup
  • Cili merah di mayang halus.


Cara membuatnya:

1. Bahan A: Panaskan minyak sapi dan tumiskan bawang putih, masukkan rempah kari , masak sehingga naik bau. Masukkan daging dan lada sulah, serta bawang besar, masak sehingga kering airnya.

2. Campurkan Bahan A dengan macaroni, susu cair, 4 biji telur( pukul sedikit sahaja), bawang goring, tomato soup, kacang peas, perasa, garam, daun sup dan daun bawang.

3. Masukkan kedalam acuan 12×10 yang telah disapu minyak.

4. Taburkan dengan cili merah dan akhir sekali tuangkan telur (2 biji di pukul sedikit)

5. Jika suka, boleh taburkan sedikit mozarella cheese di atasnya.

6. Bakar selama 1 jam dengan kepanasan 150-200 bergantung kepada oven.



hmmm... inilah hasil nya..





Selamat mencuba!