Showing posts with label kuih tradisional melayu. Show all posts
Showing posts with label kuih tradisional melayu. Show all posts

Wednesday, 19 August 2015

Kuih Talam Seri Muka Durian


Selain dari kuih talam seri muka, akak juga mendapat permintaan tempahan untuk kuih talam Seri Muka Durian... hmmm..memang sedap dan sangat lazat bagi mereka yang sukakan durian... :))


untuk tempahan, sila pm di facebook atau...




Kuih Talam Seri Muka


Kuih Talam Seri Muka ni adalah antara kuih melayu feveret akak kerana akak sukakan kuih yang ada pulut. Kuih seri muka ini harus dikukus 2 kali. Pertama sekali, kukus pulutnya dulu. Setelah masak pulut, baru dimasukkan bahagian kepalanya pula iaitu santan nya.






Kuih seri muka ini pun menjadi antara kuih yang terhangat akak mendapat tempahan ketika open house tempoh hari..












Untuk tempahan, sila pm ke facebook, atau pun..



Friday, 3 July 2015

Apam Nasi Warna Warni


Walau pun biasa nampak gambar apam ni, akak tetap nak share di sini resepinya sebab akak belum pernah buat lagi... Sebelum ni akak tak pernah tahu yang apam ni dibuat dari nasi :)

APAM NASI WARNA WARNI

Bahan-bahan:

2 cawan nasi sejuk
2 cawan tepung gandum
2 cawan tepung beras
1 1/2 cawan gula
2 1/2 cawan air
11 gm yis mauripan ( 1 paket )
Pewarna pilihan
Sedikit minyak untuk disapu pada acuan

Cara-Cara :

1. Blend nasi, gula & air sehingga halus . Kemudian tapis.

2. Tepung2 diayak bersama dan diletakkan didalam satu bekas.Campurkan yis.

3. Tuangkan adunan nasi yg telah diblend kedlm tepung.

4. Kacau sehingga sebati.

5. Perap 1 jam. Kacau adunan sebelum dimasukkan kedalam acuan.

6. Warnakan mengikut warna pilihan.

6. Isikan kedlm acuan lompang / apa2 acuan sebanyak 3/4 penuh.

7. Kukus 10-15 minit api sedarhana.

8. Sejukkan dan sedia dihidang bersama kelapa parut yg digaul sedikit garam.

Selamat Mencuba !



sumber: Ainurmariza D'kitchen

Thursday, 2 July 2015

Kuih Talam Keladi


Talam Keladi

Lapisan Bawah 

Bahan A

200gm tepung beras
20gm tepung ubi
1 1/2 sudu teh garam
300 ml santan pekat
700 ml air

Bahan B

200 gm keladi..buang kulit, potong dadu kecil n kukus n timbang

Caranya

1. Bancuhkan semua bahan sehingga rata2. Tapis dlm periuk n panaskan atas api selama 2/3 minit3. Masukkan bahan B4. Curahkan dlm loyang 10x10 yg dilapik plastik (cara melapik..letak sedikit minyak n letakkan plastik 14x14..dgn ini plastik melekat atas dulang dgn cantiknya)5. Kukus selama 25mnit

Lapisan Atas~Kepala

100gm tepung gandum
1 sudu besar tepung beras
250gm gula halus
4 biji telur grade A
200ml santan pekat
400ml air
sedikit pewarna unggu
1/2 sudu garam

Caranya:
Satukan semua bahan dlm periuk n kacau atas api selama 2/3 minitsebelum tuang ke atas lapisan bawah......guna kitchen tisu n lap lebihan air atas permukaan lapisan bawah tersebut...carik2 atau kelar2 dahulu mcm lukakan sikit permukaan bawah itu..tujuannya adalah untuk melekatkannya...pastu tuang pelahan2 agar tak berbuih n kukus selama 30 minit..

Loyang 10x10 



Kuih Talam Ubi Kayu


Talam Ubi Kayu

Kuning

Bahan:
800 gm ubi kayu yg siap di parut
250 gm gula pasir
300 gm santan pekat
sedikit garam
20 gm tepung gandum

Gula Merah

Bahan:
800 gm ubi yg siap di parut
200 gm santan pekat
*100 ml air
*100 gula pasir
*150 gm gula merah
garam sedikit
daun pandan
20 gm tepung gandum
*masak jadikan sirap

Campur semua bahan samaada kuning atau gula merah dalam loyang 10x10 yg dilapik plastik....n kukus selama 20min

Kepala
300 ml santan
500 ml air
100 gm tepung beras
20 gm tepung jagung
1 sudu kecil garam

Masak hingga naik wap..tuang kan ke atas ubi yg dikukus tadi...kukus lagi selama 20 min.


Kuih Talam Seri Muka Durian


Kuih Talam Seri Muka Durian

Lapisan bawah

Bahan:
450gm beras pulut rendam 2 jam
450ml santan (perah dari kelapa fresh utk kesedapan maksima)
1 sudu garam

Cara:
Tos beras pulut yg direndam, masak/tanak atas dapur dgn santan sampai kering2 basah..maknanya bukan kering terus..
Masukkn dlm loyang yg dilapik plastik..plastik 14x14 utk loyang 10x10 ratakan
Kukus selama 15minit api besar


Lapisan Atas

Bahan:

Dalam blender masukkn

160gm gula pasir
50gm gula perang
50gm tepung gandum
50gm tepung kastad
50gm tepung beras
200gm isi durian
600ml santan3 biji telur
1/2 sudu kecil garam

Blend sebentar..letak dlm periuk..panaskn atas api 2 atau 3 minit...tuang atas pulut perlahan-lahan supaya tidak berbuih... kukus selama 20 min.


resepi Suhaila Ishak


Thursday, 25 June 2015

Cucur Badak Kuih Tradisional


Gambar-gambar cucur badak ini adalah dari cucur badak yang akak dah buat sendiri ye.. :)

Resepi Kuih Cucur Badak

Bahan-bahan:-

Untuk inti:
½ biji kelapa parut
100 gram udang kering (rendam dan kisar)
1 ulas bawang putih
3 biji bawang merah
7 tangkai lada merah
1 cm halia
1 batang serai
1 sudu teh serbuk kunyit
2 sudu makan gula
½ sudu teh garam
2 sudu makan minyak masak

Untuk doh :
250 gram keledek (rebus dan lenyek)
3 ½ sudu makan tepung gandum
½ sudu teh garam
½ kg minyak masak (untuk menggoreng)

CARA-CARA : 




Untuk inti:
1) Panaskan minyak. Masukkan semua bahan yang telah dikisar. Masak hingga menggelegak.
2) Masukkan kelapa. Kacau rata. Tutup api dan ketepikan.

Untuk kuih :
1) Gaul rata semua bahan doh kecuali minyak masak membentuk doh. Tambah tepung sedikit demi sedikit sekiranya doh lembik dan melekat.
2) Ambil sedikit doh dan bentukkan bulat sebesar bola golf. Isikan inti di tengah tengahnya.
3) Sementara itu panaskan minyak di dalam kuali.
4) Goreng doh yang telah diisi inti sehingga keemasan. Angkat dan tos.






Selamat Mencuba!