Showing posts with label kuih talam. Show all posts
Showing posts with label kuih talam. Show all posts

Wednesday, 19 August 2015

Kuih Talam Seri Muka Durian


Selain dari kuih talam seri muka, akak juga mendapat permintaan tempahan untuk kuih talam Seri Muka Durian... hmmm..memang sedap dan sangat lazat bagi mereka yang sukakan durian... :))


untuk tempahan, sila pm di facebook atau...




Kuih Talam Seri Muka


Kuih Talam Seri Muka ni adalah antara kuih melayu feveret akak kerana akak sukakan kuih yang ada pulut. Kuih seri muka ini harus dikukus 2 kali. Pertama sekali, kukus pulutnya dulu. Setelah masak pulut, baru dimasukkan bahagian kepalanya pula iaitu santan nya.






Kuih seri muka ini pun menjadi antara kuih yang terhangat akak mendapat tempahan ketika open house tempoh hari..












Untuk tempahan, sila pm ke facebook, atau pun..



Thursday, 2 July 2015

Kuih Talam Keladi


Talam Keladi

Lapisan Bawah 

Bahan A

200gm tepung beras
20gm tepung ubi
1 1/2 sudu teh garam
300 ml santan pekat
700 ml air

Bahan B

200 gm keladi..buang kulit, potong dadu kecil n kukus n timbang

Caranya

1. Bancuhkan semua bahan sehingga rata2. Tapis dlm periuk n panaskan atas api selama 2/3 minit3. Masukkan bahan B4. Curahkan dlm loyang 10x10 yg dilapik plastik (cara melapik..letak sedikit minyak n letakkan plastik 14x14..dgn ini plastik melekat atas dulang dgn cantiknya)5. Kukus selama 25mnit

Lapisan Atas~Kepala

100gm tepung gandum
1 sudu besar tepung beras
250gm gula halus
4 biji telur grade A
200ml santan pekat
400ml air
sedikit pewarna unggu
1/2 sudu garam

Caranya:
Satukan semua bahan dlm periuk n kacau atas api selama 2/3 minitsebelum tuang ke atas lapisan bawah......guna kitchen tisu n lap lebihan air atas permukaan lapisan bawah tersebut...carik2 atau kelar2 dahulu mcm lukakan sikit permukaan bawah itu..tujuannya adalah untuk melekatkannya...pastu tuang pelahan2 agar tak berbuih n kukus selama 30 minit..

Loyang 10x10 



Kuih Talam Ubi Kayu


Talam Ubi Kayu

Kuning

Bahan:
800 gm ubi kayu yg siap di parut
250 gm gula pasir
300 gm santan pekat
sedikit garam
20 gm tepung gandum

Gula Merah

Bahan:
800 gm ubi yg siap di parut
200 gm santan pekat
*100 ml air
*100 gula pasir
*150 gm gula merah
garam sedikit
daun pandan
20 gm tepung gandum
*masak jadikan sirap

Campur semua bahan samaada kuning atau gula merah dalam loyang 10x10 yg dilapik plastik....n kukus selama 20min

Kepala
300 ml santan
500 ml air
100 gm tepung beras
20 gm tepung jagung
1 sudu kecil garam

Masak hingga naik wap..tuang kan ke atas ubi yg dikukus tadi...kukus lagi selama 20 min.


Kuih Talam Seri Muka Durian


Kuih Talam Seri Muka Durian

Lapisan bawah

Bahan:
450gm beras pulut rendam 2 jam
450ml santan (perah dari kelapa fresh utk kesedapan maksima)
1 sudu garam

Cara:
Tos beras pulut yg direndam, masak/tanak atas dapur dgn santan sampai kering2 basah..maknanya bukan kering terus..
Masukkn dlm loyang yg dilapik plastik..plastik 14x14 utk loyang 10x10 ratakan
Kukus selama 15minit api besar


Lapisan Atas

Bahan:

Dalam blender masukkn

160gm gula pasir
50gm gula perang
50gm tepung gandum
50gm tepung kastad
50gm tepung beras
200gm isi durian
600ml santan3 biji telur
1/2 sudu kecil garam

Blend sebentar..letak dlm periuk..panaskn atas api 2 atau 3 minit...tuang atas pulut perlahan-lahan supaya tidak berbuih... kukus selama 20 min.


resepi Suhaila Ishak


Wednesday, 24 June 2015

Sedapnya Kuih Talam Berlauk


Resepi kuih TALAM BERLAUK 


BAHAN-BAHAN:
  • 250gm tepung beras
  • 200gm keladi
  • 100gm udang kering
  • 2 sudu teh garam
  • 1000ml air
  • 500ml santan

BAHAN HIASAN:
  • 100gm udang kering | disangai dan dikisar halus
  • 20gm bawang goreng
  • 2 biji telur | didadar nipis dan dihiris halus
  • 2 tangkai cili merah | dihiris tipis
  • 1 tangkai daun sup | dipotong halus

CARA MEMASAK:

1. Keladi direbus dan dikisar bersama air. Asingkan.
2. Satukan tepung beras, keladi kisar, garam, santan dan air. Kacau sebati dan tapiskan ke dalam periuk.
3. Seterusnya masukkan udang kering. Kacau rata di atas api sederhana sehingga naik wap.
4. Setelah itu, tuangkan ke dalam loyang. Kukus selama 30 minit.
5. Akhir sekali, apabila hendak dihidangkan, barulah diletakkan bahan hiasan.


Jom share resepi ni
Sumber : RASA KARANGKRAF