Saturday, 19 September 2015

Kueyteow Ladna



RESEPI KUEW TIOW LADNA

Bahan-bahanya:

● Sebungkus kuey teow -basuh, toskan kemudian perap dengan kicap manis sebentar.Kemudian di goreng tanpa minyak .
● 15 ekor udang
● Isi ayam
● Daging
● 4 ulas bawang putih – di tumbuk
● 3 sudu makan sos tiram
● 2 sudu makan sos ikan
● 1 kiub pati ayam
● 5 biji cili api – ditumbuk
● sedikit lada hitam / putih – di tumbuk
● 1 biji Lobak Merah – dihiris
● seikat sawi – dipotong
● sedikit tepung jagung yg dibancuh dgn sedikit air utk memekatkn kuah
● Bawang goreng dan daun sup untuk hiasan


Cara-caranya :

1. Panaskan minyak. masukkan bawang putih dan goreng sehingga kekuningan dan naik bau..Kemudian masukkan ayam dan daging yg dipotong kecil.

2. Bila ayam & daging dah masak, masukkan sos tiram dan sos ikan… goreng seketika. Kemudian masukkan air.

3. Masukkan kiub ayam dn biarkan mendidih seketika..kemudian masukan lobak merah terlebih dahulu.

4. Masukkan udang, cili padi, sawi, lada hitam/putih tumbuk dan garam.

5. Masukkan tepung jagung yg dibancuh dgn air utk memekatkan kuah.

6. Setelah kuah masak bolehlah dihidang bersama kueh teow panas-panas.

7. Taburkan bawang goreng, daun sup dan limau nipis.


Dah siap!!


Wednesday, 19 August 2015

Kek Kukus Coklat


Kek kukus coklat ni akak suka buat untuk makan santai-santai sebab kek ni tak manis, memang akak lebihkan koko dan letak dark chocolate supaya rasanya pahit sikit...

Ada juga regular customer yang sukakan kek coklat ni..


Kuih Talam Seri Muka Durian


Selain dari kuih talam seri muka, akak juga mendapat permintaan tempahan untuk kuih talam Seri Muka Durian... hmmm..memang sedap dan sangat lazat bagi mereka yang sukakan durian... :))


untuk tempahan, sila pm di facebook atau...




Kuih Talam Seri Muka


Kuih Talam Seri Muka ni adalah antara kuih melayu feveret akak kerana akak sukakan kuih yang ada pulut. Kuih seri muka ini harus dikukus 2 kali. Pertama sekali, kukus pulutnya dulu. Setelah masak pulut, baru dimasukkan bahagian kepalanya pula iaitu santan nya.






Kuih seri muka ini pun menjadi antara kuih yang terhangat akak mendapat tempahan ketika open house tempoh hari..












Untuk tempahan, sila pm ke facebook, atau pun..



Marvellous Brownies


Brownies ini adalah feveret anak akak. So, akak pun ambillah kelas baking brownies ni. Mula-mula tu memang tak ada niat nak jual, hanya untuk makan-makan family saja. 



brownies sedang di bakar



baru masak..sebelum ditambah hiasan


Tapi, bila sedara dan kawan-kawan datang ketika akak ada buat brownies ni, semua berkenan.. dan ramai pulak yang order. Dari situ lah melarat-larat dah mendapat tempahan hingga untuk Majlis Bertunang pun ada. 

Brownies boleh ditempah samada loyang ukuran 8x8 atau pun 12x12.




Ada juga yang order sikit, untuk makan sendiri aje... 
akak letak dalam bekas seperti ini.. ada 4 pcs (2"x2")


atau pun bekas plastik  ini...



Brownies ni boleh juga dijadikan sebagai door gift untuk majlis, diletakkan di dalam kotak kecil seperti ini...






untuk tempahan... sila pm di facebook atau pun..



Double Chocolate Indulgence Cake with Ganache



Baru-baru ni akak telah hadiri 1 kelas baking sebab teruja sangat lepas tengok gambar topping ganache dengan bunga ros tu. Nampak begitu klasik sekali. Memang agak cerewet nak buatnya... makan masa.. tapi berbaloi ! Akak dah pun mendapat tempahan untuk majlis pertunangan. Alhamdulillah rezki..





Kek yang di dalamnya ialah Double Chocolate Indulgence yang rasanya sama yang dijual di Secret Recipe tu... sangat yummy dan memang sedap! 







untuk tempahan... pm di facebook atau pun...


Monday, 17 August 2015

Lunch Dengan Chicken Chop

Assalamualaikum...

Tetiba je hari semalam, akak terasa sangat nak makan chicken chop yang masak sendiri... So, akak pun buatlah mengikut resepi chicken chop ini untuk lunch semalam. Cuma dalam resepi tu, tidak ada resepi nak buat black pepper sauce nya. Akak pun google lah cari resepi nya. Nanti akak beri di bawah ye...

Alhamdulillah, sedap pulak tu.. Tapi terlupa pulak nak tuang black pepper sauce ke atas ayam semasa snap gambar tu.. :))



Resepi Black Pepper Sauce

Bahan:

1 labu bawang besar (dipotong dadu)
1 sudu besar mentega
2 sudu besar tepung gandum (ayak)
1 liter air *
3 sudu besar sos tiram *
1 sudu besar kicap *
1 sudu makan sos tomato/sos cili *
1 sudu besar lada hitam (tumbuk) *
1/2 kiub perasa ayam *
sedikit garam


Cara :

- Panaskan mentega
- Tumis bawang
- Masukkan bahan-bahan yang bertanda * 
  (akak suka pedas, so akak banyakkan serbuk lada hitam tu)
- Lepas tu baru masukkan tepung gandum (yg telah dicampur dgn sedikit air)
- Dah menggelegak dan nampak pekat, angkat.


Selamat mencuba!