Monday, 17 August 2015

Lunch Dengan Chicken Chop

Assalamualaikum...

Tetiba je hari semalam, akak terasa sangat nak makan chicken chop yang masak sendiri... So, akak pun buatlah mengikut resepi chicken chop ini untuk lunch semalam. Cuma dalam resepi tu, tidak ada resepi nak buat black pepper sauce nya. Akak pun google lah cari resepi nya. Nanti akak beri di bawah ye...

Alhamdulillah, sedap pulak tu.. Tapi terlupa pulak nak tuang black pepper sauce ke atas ayam semasa snap gambar tu.. :))



Resepi Black Pepper Sauce

Bahan:

1 labu bawang besar (dipotong dadu)
1 sudu besar mentega
2 sudu besar tepung gandum (ayak)
1 liter air *
3 sudu besar sos tiram *
1 sudu besar kicap *
1 sudu makan sos tomato/sos cili *
1 sudu besar lada hitam (tumbuk) *
1/2 kiub perasa ayam *
sedikit garam


Cara :

- Panaskan mentega
- Tumis bawang
- Masukkan bahan-bahan yang bertanda * 
  (akak suka pedas, so akak banyakkan serbuk lada hitam tu)
- Lepas tu baru masukkan tepung gandum (yg telah dicampur dgn sedikit air)
- Dah menggelegak dan nampak pekat, angkat.


Selamat mencuba!



No comments:

Post a Comment