Showing posts with label resepi mudah. Show all posts
Showing posts with label resepi mudah. Show all posts

Friday, 26 June 2015

Moza Cheese Sheperd Pie

Sedap nampak pie cheese daging ni dan nampak mudah juga nak buat tu...


Simple Moza Cheese Sheperd Pie

Resepi Mashed Potato :

Kentang
1 kotak kecil susu segar
2/3 sudu besar butter 
secukup rasa garam, serbuk lada hitam + serbuk lada sulah

Cara:
- Rebus kentang sampai empuk, toskan & lenyekkan hingga agak halus (nak simple, gunakan belakang mug). Masukkan butter, susu segar, sedikit garam + serbuk lada hitam + serbuk lada sulah.


Inti Daging (Simple) :

Daging kisar
Bawang besar + bawang putih cincang 
Serbuk lada hitam
Sedikit tepung jagung 
Serbuk perasa + garam

Cara:
- Tumis bawang besar + bawang putih cincang, masukkan daging kisar. 
- Agak daging dah empuk, masukkan serbuk lada hitam & perasa + garam.
- Masukkan sedikit tepung jagung untuk pekatkan inti, dah agak kental sikit, angkat & toskan air/minyaknya. Ketepikan


Topping :

Mozarella cheese parut + sedikit daun sup / daun parsley / atau apa2 je janji nampak hijau...
sedikit paprika / serbuk cili di atas (untuk kasi rasa Malaysia - mau pedas sikit


Cadangan bakar :

(Seperti di gambar) --> Masukkan dalam oven 180 - 12 minit untuk cairkan cheese je kat atas tu.. Siap, untuk dihidang! 

Selamat mencuba!


Thursday, 25 June 2015

Cucur Badak Kuih Tradisional


Gambar-gambar cucur badak ini adalah dari cucur badak yang akak dah buat sendiri ye.. :)

Resepi Kuih Cucur Badak

Bahan-bahan:-

Untuk inti:
½ biji kelapa parut
100 gram udang kering (rendam dan kisar)
1 ulas bawang putih
3 biji bawang merah
7 tangkai lada merah
1 cm halia
1 batang serai
1 sudu teh serbuk kunyit
2 sudu makan gula
½ sudu teh garam
2 sudu makan minyak masak

Untuk doh :
250 gram keledek (rebus dan lenyek)
3 ½ sudu makan tepung gandum
½ sudu teh garam
½ kg minyak masak (untuk menggoreng)

CARA-CARA : 




Untuk inti:
1) Panaskan minyak. Masukkan semua bahan yang telah dikisar. Masak hingga menggelegak.
2) Masukkan kelapa. Kacau rata. Tutup api dan ketepikan.

Untuk kuih :
1) Gaul rata semua bahan doh kecuali minyak masak membentuk doh. Tambah tepung sedikit demi sedikit sekiranya doh lembik dan melekat.
2) Ambil sedikit doh dan bentukkan bulat sebesar bola golf. Isikan inti di tengah tengahnya.
3) Sementara itu panaskan minyak di dalam kuali.
4) Goreng doh yang telah diisi inti sehingga keemasan. Angkat dan tos.






Selamat Mencuba!


Roti Jala


ROTI JALA

Ada 2 resepi yang berlainan...

Roti Jala Resepi oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
3 cawan tepung gandum
2 1/2 sudu besar minyak masak
1 sudu kecil garam
1 biji telur
3 cawan air/santan/susu segar (saya guna air dicampur sedikit santan)
Sedikit pewarna kuning

Cara-cara:
Blendkan semua bahan di atas hingga sebati. Kalau nak tahu adunan dah boleh dijala atau belum, cuba masukkan sesenduk ke dalam acuan. Kalau keluarnya tak putus-putus maknanya dah boleh di jala menggunakan kuali non stick. Kuali biasa pun boleh asal tak melekat. Kalau pekat tambah air lagi sehingga boleh dijala.

Lepas jala atas kuali biarkan dalam beberapa saat. Kalau dah masak tak payah dibalik terus aje di angkat dan digulung.

*******************

Resepi Roti Jala yang lagi satu ialah dari Rahsia Hawa...


BAHAN-BAHANNYA:

1 cawan tepung gandum
3/4 cawan air
1/2 cawan susu segar (optional, kalau tak nak susu, letak air)
2-3 titik pewarna makanan kuning
1 biji telur
3 camca besar mentega air (atau minyak zaitun)
Secubit garam
Sos kegemaran sebagai pencicah (kuah kari, sambal tumis, gula atau apa saja yang sesuai)

CARA MEMBUATNYA :

Satukan semua bahan2 di atas kecuali sos pencicah. Kacau rata dengan whisk dan tapis bancuhan tadi. Ketepikan 10 minit.

Panaskan non-stick pan, mat guna saiz 10 inci. 
Lenser dengan sedikit minyak zaitun (lap dengan paper towel bersih yang dicelop sedikit minyak). 
Bila panas, paip kan adunan yang telah diisi dalam acuan botol sos bermuncung tiga secara zig-zag. 
Kemudian buat kaedah sama tapi kali ini bertentangan jaluran tadi.

Masak dengan api kecil, bila permukaan roti jala nampak pucat, berhati2 lipat seperti dalam gambar, kemudian dari pangkal, gulung perlahan2 hingga ke hujung. 
Kemaskan dan alih dalam pinggan. Buat kaedah sama untuk baki adunan, hingga siap. 

Hidangkan bersama sos kegemaran atau sambal tumis.




Wednesday, 24 June 2015

Vadai Garing Menyelerakan


Kuih vadai ni memang peberet akak, tapi dah lama tak buat. Resepi pun dah hilang. Elok pulak nampak resepi ni tadi di fb.. So, akak pun share lah di sini agar tak hilang :) Jom kita buat nanti ye..

Resepi Vadai

Bahan-bahan :
  • 4 cwn kacang dal (rendam 4 jam)
  • 4 biji bawang besar #
  • 2 biji cili merah #
  • 2 biji cili hijau #
  • 3 tangkai cili kering #
  • 1 sudu besar jintan manis (tumbuk kasar)
  • 2 tangkai daun sup & daun bawang #
  • 1 tangkai daun kari #
  • 2 sudu besar tepung gandum
  • 1 biji telur
  • Sedikit garam & serbuk perasa



Cara-caranya:
  • Semua bahan yg bertanda # dicincang halus
  • Tinggalkan 1/2 cwn kacang dal, selebihnya di kisar dgn telur & masukkan sedikit air dlm 1 senduk kecil saja.
  • Selesai kisar yg td, campurkan bahan kisar tu dgn 1/2 cwn kacang dal & semua bahan yg lain dlm 1 bekas gaul sebati.
  • Panaskan kuali dgn api perlahan, kepal-kepalkan bentuk bulat, masukkan perlahan-lahan dalam minyak & goreng hingga kekuningan.



Siap, sedia utk dihidang.

~ Selamat Mencuba ~



Puding Castard Fruit Cocktail Pemanis Mulut


sharing resepi dpt dari fb..

Puding Castard Fruit Cocktail

Bahannya:
  • 1 cawan tepung castard
  • 5 cawan air ( dah termasuk air fruit cocktail)
  • 5 sudu besar gula pasir

Cara2 nya :
  • Tapis fruit cocktail
  • Ambil airnya jadikan 5 cawan
  • Bancuh air tadi dengan tepung castard dan masukan gula
  • Kacau atas api perlahan hingga masak dan berkilat
  • Tuang dalam acuan yang disukai
  • Sejukan sebelum dimakan dengan kuahnya.

Kuahnya : 
  • 1 tin susu cair
  • 1/2 cawan gula
  • 2 helai daun pandan
  • Campur semua bahan2
  • Kemudian dipanaskan atas dapur hingga naik wap ( jangan dimasak hingga mendidih ye)

Jika suka kuahnya lebih bolehlah digandakan.
Sedap dimakan bersama fruit cocktail







Sedap dimakan masa berbuka puasa ni ! :)




Monday, 22 June 2015

Macaroni Bakar Buat Hidangan Petang

Baru 2 hari lepas akak mencuba resepi Macaroni Bakar ni, dapat dari fb... memang sedap! meh cuba... :)


MAKARONI BAKAR

Bahan-bahan:

  • 250 gram macaroni – rebus dan toskan
  • 1 tin susu cair
  • 6 biji telur (4 biji untuk dalam adunan dan 2 biji untuk dibahagian terakhir)
  • 1 cawan bawang goring
  • ½ cawan tomato soup
  • 100 gram kacang peas
  • Bahan A dimasak seperti buat inti karipap 
  • 500gram daging kisar
  • 1 suduteh lada putih
  • 3 ulas bawang putih-dimayang
  • 2 labu bawang besar – di potong kuib
  • 1 bungkus rempah kari daging
  • 2 camca  minyak sapi
  • Garam dan serbuk perasa
  • Daun bawang dan daun sup
  • Cili merah di mayang halus.


Cara membuatnya:

1. Bahan A: Panaskan minyak sapi dan tumiskan bawang putih, masukkan rempah kari , masak sehingga naik bau. Masukkan daging dan lada sulah, serta bawang besar, masak sehingga kering airnya.

2. Campurkan Bahan A dengan macaroni, susu cair, 4 biji telur( pukul sedikit sahaja), bawang goring, tomato soup, kacang peas, perasa, garam, daun sup dan daun bawang.

3. Masukkan kedalam acuan 12×10 yang telah disapu minyak.

4. Taburkan dengan cili merah dan akhir sekali tuangkan telur (2 biji di pukul sedikit)

5. Jika suka, boleh taburkan sedikit mozarella cheese di atasnya.

6. Bakar selama 1 jam dengan kepanasan 150-200 bergantung kepada oven.



hmmm... inilah hasil nya..





Selamat mencuba!



Sunday, 21 June 2015

Uniknya Udang Sanggul Ini


Tertarik betul akak tengok gambar masakan ni...dapat dari mukabuku.. unik sungguh! Cara buat Udang Sanggul ni macam simple jugak.. Jom kita try.. :))

RESEPI UDANG SANGGUL

BAHAN :
  • 20 ekor udang sederhana besar
  • 1 cawan tepung gandum
  • Sedikit garam
  • Sedikit serbuk lada sulah
  • Air secukupnya
  • Kulit popia secukupnya


CARA:

Bersihkan udang dengan dibuang kulit kecuali bahagian ekor. Perapkan dengan sedikit garam (sedikit sahaja) & serbuk lada sulah. Ketepikan. Bancuh tepung gandum dgn air sehingga mendapat bancuhan yg sederhana pekat. Ketepikan. 

Ambil beberapa helai kulit popia. Leraikan supaya tidak melekat antara satu sama lain. Lipat dua & gunting menjadii juraian2 yg halus memanjang. Celup udang di dalam bancuhan tepung gandum. Lilitkan udang dgn juraian kulit popia sehingga menutup semua bahagian kecuali ekor. Goreng sehingga garing & kekuningan. Boleh dimakan begitu saja atau dicicah sos cili & mayonis.

Nota: Selain udang, boleh jugak menggunakan hirisan sotong atau hirisan isi ayam yg dipotong memanjang.

Selamat mencuba! :)