Showing posts with label masak ayam. Show all posts
Showing posts with label masak ayam. Show all posts

Wednesday, 1 July 2015

Petua Hilang Hanyir Ayam Mentah


PETUA HILANG HANYIR AYAM MENTAH 

Apabila kita hendak memasak ayam, pasti seringkali kita menghadapi masalah untuk menghilangkan hanyir ayam. Kini terdapat pelbagai petua yang boleh digunakan untuk membersihkan ayam antaranya dengan mencuba petua yang dipaparkan di sini.

BAHAN-BAHAN:

  • Ayam
  • Daun pisang


CARA-CARA:

1. Daun pisang dicarik-carik.

2. Ramas daging ayam dengan menggunakan daun pisang tadi.

3. Akhir sekali bilas ayam dengan menggunakan air.

Insya Allah daging ayam tersebut tidak hanyir lagi. Selamat mencuba!


Sumber : Rasa karangkraf

Saturday, 20 June 2015

Sedapnya Ayam Goreng Berempah

Kali ni akak nak sharing resepi Ayam Goreng Berempah (yang diambil dari Nieza) pula... sebab akak memang suka lauk ayam goreng masak berempah macam ni... hmmm... gambar ni nampak begitu menyelerakan... 




Bahan :

1 ekor ayam saiz sederhana - potong & bersihkan, serbuk kari daging, tepung jagung, madu, garam secukup rasa, kiub pati ayam, daun kari

Bahan-Bahan Kisar :

Serai, bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas, kunyit hidup, sedikit jintan manis dan jintan putih, ketumbar biji - blend semua (jangan letak banyak air, sekadar lumatkan sahaja) 

Cara2 : 

Perap ayam dengan bahan2 di atas sekurang2nya 30 minit atau 1 jam. Panaskan minyak, api sederhana, deep fry. Balik2kan dan kacau bahagian bawah kuali untuk serdak2. Angkat bila ayam masak (warna agak gelap), dan toskan serdak2nya. Hidangkan dan taburkan serdak2nya di atas ayam goreng tadi. 

sedapnyaaaa...
Rasanya macam yang kat kedai mamak tu kot.. akak pun tak cuba lagi.. :)