Saturday, 20 June 2015

Sedapnya Ayam Goreng Berempah

Kali ni akak nak sharing resepi Ayam Goreng Berempah (yang diambil dari Nieza) pula... sebab akak memang suka lauk ayam goreng masak berempah macam ni... hmmm... gambar ni nampak begitu menyelerakan... 




Bahan :

1 ekor ayam saiz sederhana - potong & bersihkan, serbuk kari daging, tepung jagung, madu, garam secukup rasa, kiub pati ayam, daun kari

Bahan-Bahan Kisar :

Serai, bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas, kunyit hidup, sedikit jintan manis dan jintan putih, ketumbar biji - blend semua (jangan letak banyak air, sekadar lumatkan sahaja) 

Cara2 : 

Perap ayam dengan bahan2 di atas sekurang2nya 30 minit atau 1 jam. Panaskan minyak, api sederhana, deep fry. Balik2kan dan kacau bahagian bawah kuali untuk serdak2. Angkat bila ayam masak (warna agak gelap), dan toskan serdak2nya. Hidangkan dan taburkan serdak2nya di atas ayam goreng tadi. 

sedapnyaaaa...
Rasanya macam yang kat kedai mamak tu kot.. akak pun tak cuba lagi.. :)


No comments:

Post a Comment