Showing posts with label makanan. Show all posts
Showing posts with label makanan. Show all posts

Thursday, 9 July 2015

Mertabak Roti Cheesy - Bread Lasagna

Petang tadi terasa nak berbuka dengan roti. Maka ter 'bake' lah mertabak roti cheese atau pun lebih kurang juga resepinya dengan bread lasagna.


Mertabak Roti Cheesy / Bread Lasagna

Bahan-bahannya:
  • 12 keping roti Gardinier
  • 1 biji bawang besar dipotong dadu
  • 2 ulas bawang putih potong halus
  • 1 paket daging kisar (ramly)
  • 1 biji cili merah potong halus
  • 3 1/2 sudu besar rempah kurma
  • 1 biji ubi kentang dipotong dadu
  • 5 biji telur
  • 2 cawan susu segar
  • 1/2 paket cheese mozarella


Cara memasak inti

1. Tumis bawang putih hingga terbit bau. Masukkan pula rempah kurma yang dibancuh bersama sedikit air. Goreng hingga garing.

2. Masukkan daging hancur kedalam kuali dan kacau hingga air agak kering.Masukkan pula bawang besar,cili merah dan kentang. Kacau biar sebati.

3. Masukkan kiub ayam dan kacau lagi. Masukkan pula lada putih, kacau dan biar sampai kentang empuk dan air daging agak kering. Masukkan sedikit tepung jagung. Angkat dan sejukkan.


Cara menyediakan murtabak daging

1. Kocok susu, telur dan 1 sudu kecil garam hingga sebati.

2. Celupkan 4 keping roti kedalam campuran susu dam atur dlm loyang 4 segi yang telah di sapu dengan butter.Tuang bahan inti diatas roti dan ratakan.

3. Ulang langkah no 2 dengan roti menjadi lapisan terakhir dan tuangkan semua baki campuran susu dan telur diatas roti.Taburkan cheese sebanyak yang disukai diatas lapisan roti yang terakhir.

4. Bakar lah dengan suhu kepanasan 220 c selama 40 minit dan lapisan cheese garing kekuningan.


















Nota: akak tambah satu sudu besar tepung jagung untuk memekatkan inti.


Friday, 3 July 2015

Pizza Sardin


PIZZA SARDIN DAN SOSEJ

BAHAN DOH PIZZA :

200 grm tepung gandum
125 ml air suam
1 paket yis segera
2 camca besar mentega atau minyak zaitun
1 sudu besar gula halus
1/2 sudu kecil garam halus
1-2 sudu besar shortening

BAHAN UNTUK TOPPING :

1/2 tin sos speghetti Prego perisa traditional
1 tin besar sardin
1 biji bawang - dipotong nipis-nipis
Sosej ayam secukupnya
Cheese monzarella
Cheese cheeder

CARA MEMASAK :

UNTUK DOH :-
Bancuh yis serta gula dengan 3 sudu air suam , kacau rata dan tunggu berbuih. Gaul garam dengan tepung hingga rata kemudian buat lubang dibahagian tengah tepung, tuang bancuhan yis dan air suam sedikit demi sedikit sambil menggaul tepung hingga menjadi doh. Uli hingga lembut dan masukkan shortening kemudian masukkan mentega dan uli hingga doh licin dan tidak melekat pada jari (kena uli lama juga anggaran 10-15 minit) . Doh yang dah cantik diuli menjadi bentuk bulat dibiarkan rehat di dalam bekas kemudian tutup dengan kitchen towel yang besih dan biarkan 40 minit atau hingga naik sekali ganda.

-Bila doh dah naik cantik , tumbuk-tumbuk doh tadi untuk keluarkan udara dan uli sikit lagi kemudian doh ni boleh la di canai dalam anggaran setebal 0.5 cm dan diletak diatas tray pizza dan gunakan jari je untuk meleperkan doh , saya tekan je guna jari sampai doh menutupi seluruh pemukaan tray pizza, senang je . Cucuk pada seluruh pemukaan doh dengan garfu dan bakar doh pada suhu 180`C selama 10-15 minit . Bila doh dah masak keluarkan dan ketepikan sekejap bagi sejuk sikit .

- Campurkan semua ikan sardin bersama bawang besar yang dicincang serta buah tomato yang juga dipotong kecil-kecil . Hancur-hancurkan ikan sardin serta gaul mesra semua bahan-bahan ni.
-Sapu sos pada pemukaan doh tadi, kemudian boleh la ditaburkan ikan sardin , sosej dan last sekali taburkan cheese monzarella serta cheedar .Masukkan pizza ke dalam oven dan bakar selama 30 minit pada suhu 180 darjah celcius atau sehingga topping masak kekuningan .

Selamat Mencuba!



Salmon Croquettes



SALMON CROQUETTES

Bahan-bahan:

2-3 keping potongan ikan salmon- dibuang tulang dan kulit. Isi dihancurkan dengan menggunakan pisau.
4-5 biji kentang - di buang kulit
1 sudu besar daun bawang- dihiris nipis
2 biji telur
1 kiub stok pati ayam
Serbuk roti
Tepung gandum
Minyak
Garam
Serbuk lada hitam


Cara membuatnya:

- Rebus kentang terlebih dahulu sehingga empuk. Kemudian tapis airnya dan lenyekkan kentang sehingga hancur. Masukkan isi ikan salmon, kiub pati ayam, sedikit garam dan lada hitam. Gaul sehingga sebati. Biarkan ianya sejuk seketika dan baru dimasukkan hirisan daun bawang.

- Bentukkan adunan menjadi bentuk memanjang seperti silinder. Caranya adalah dengan menggolek adunan di atas permukaan yang rata. Taburkan sedikit teping supaya senang untuk digolek.

- Sediakan 3 bekas berlainan untuk diisikan tepung, serbuk roti dan telur yang telah dipukul. Kemudian celup adunan itu tadi ke dalam bekas berisi tepung dahulu, di ikuti telur dan serbuk roti. Ulang sekali lagi proses ini. Susun adunan di atas loyang dan simpan dalam peti sejuk selama 1 jam sebelum digoreng.

- Panaskan minyak yang secukupnya dan pastikan minyak betul-betul panas sebelum memasukkan croquettes. Goreng croquettes sehingga menjadi kuning keemasan.

Selamat Mencuba!


sumber : Lya Uzir Creative Living


Wednesday, 1 July 2015

Sardin Roll




Resepi Sardin Roll

Bahan-bahan

300gm tepung gandum
120gm marjerin / mentega sejuk
1/2 sudu teh garam
3 sudu besar air ais (air dari peti sejuk)

Inti Sardin

1 tin sardin sederhana
1/2 biji cili merah di cincang
1/2 biji bawang besar di cincang
1 sudu kecil jus limau nipis
1/2 sudu teh garam / secukup rasa
sedikit lada sulah

1 biji kuning telur untuk glis






Cara-cara :

Inti Sardin : Lecek sardin (keluarkan dulu sosnya), gaul bersama bahan-bahan yang lain hingga rata. Jika inti agak kering tambahkan sedikit sosnya.

1. Doh Pastri : Gaul dan ramas marjerin ke dalam tepung sehingga menjadi seperti serbuk roti. Masukkan sedikit garam dan air sejuk dan uli hingga menjadi doh.

2. Canai pastri hingga 3mm tebal dan potong persegi 4 x 4in. Isikan setiap potongan pastri dengan inti sardin.

3. Sapu tepi pastri dengan putih telur dan gulung kemas. Letakkan ke atas dulang pembakar dan glis atasnya dengan kuning telur. Buat 2 atau 3 cucukan di atas permukaan pastri dengan garpu.

4. Bakar di dalam oven yang telah di panaskan terlebih dahulu pada suhu 180C di tingkat atas selama 10 minit. Kemudian keluarkan dari oven dan sapu lagi dengan kuning telur (supaya warnanya kuningnya lebih terang) Kurangkan suhu kepada 130C dan bakar lagi selama 15 minit atau hingga masak.

** Doh pastri agak keras tetapi jangan di tambah air. Doh akan ranggup selepas dibakar.





(Maaf, akak terlupa pulak...resepi ni sharing dari siapa)

Pau Gebuzzz



PAU

Resepi doh pau gebu:

2 1/2 cawan tepung pau/tepung gandum diayak dulu
1 sdt yis 
4 sdb gula castor
1 sdb lemak sayuran shortening
1 sdt bread softener
1/2 sdt baking powder
3/4 cawan air suam

Cara:

1. Satukan tepung, gula, yis, gula, bread softener dan baking powder. ...gaul rata. 

2. Masukkan air suam sedikit demi sedikit. ..gaul hingga terbentuk doh. Klu keras sgt bole tambah air sikit saja. 

3. Gaul rata shortening dlm doh...mula uli.

4. Uli smpi doh lembut...elastic, cara mcm uli roti. Klu susah uli sbb melekat. ..sapu tangan sikit dgn minyak masak. 

5. Siap uli doh smpi licin...biarkan selama 10 minit. Sis simpan dlm oven yg off...tkyah tutup doh tu ye.

6. Cukup 10 minit. ..mula bentukkan doh jadi pau. Letak inti apa uolls suke...letak atas kertas baking sheet yg da dipotong 4 segi kecil.

7. Simpan semula pau yg da dibentuk selama 45 minit. Sis simpan semula dlm oven atas tray roti je.

8. Dah dekat nak 45 minit pau disimpan. ...panaskan steamer...bole la steam pau selama 10 minit je. Siap...pau pau pau panazzzzz...








Saturday, 20 June 2015

Sardin Puff Sebagai Juadah Berbuka Puasa

Akak terasa pulak nak post satu lagi resepi kat sini pagi ni, mmm.. nampak sedap jugak sardin puff (resepi dari Mat Gebu) untuk makan masa berbuka puasa nanti... Sardin, kalau masak apa pun memang akak suka... Jom kita cuba try buat esok! :))


Resepi Sardine Puff

BAHAN INTI :

1 tin kecik sardine cap ayam, asingkan ikan dan sosnya
1/2 camca besar cili kisar
1 biji bawang besar, didadu
2 ulas bawang putih, cincang halus
1 hirisan halia, cincang halus
1 camca besar sos tomato
Garam dan gula secukup rasa
2 biji limau kasturi, perah jusnya


BAHAN LAIN :

1 pack puff pastry jenama "Kawan" bersaiz 4 inci x 4 inci
1 kuning telur, dikacau sedikit
Keju mozarella secukupnya (atau guna keju chesdale)
Serbuk lada hitam, secukupnya.




Cara Membuatnya : 

UNTUK INTI :

Panaskan sedikit minyak dalam kuali, Tumis bawang putih, bawang besar dan halia hingga harum. Masukkan cili kisar, sos tomato dan tumis hingga garing. Masukkan ikan sardine dan hancurkan. Kacau rata. Tambah garam secukup rasa dan sedikit gula. Akhir sekali, masukkan jus limau kasturi, kacau rata dan matikan api. Sejukkan.


UNTUK PUFF PASTRY :

Ambil 1 keping puff pastry tadi. 
Potong huruf "L" pada penjuru pastry, buat potongan sama juga untuk penjuru satu lagi, tapi pastikan ianya tidak putus pada 2 penjuru lain. Kemudian sapu kuning telur pada keliling bahagian luar garisan (seperti dalam gambar). Lepas tu lipat satu bahagian ke dalam, pastikan ianya berada didalam garisan (seperti dalam gambar), kemudian bahagian satu lagi dilipat ke arah berlawanan, tekan2 sedikit biar lekat. Alih ke dalam loyang pembakar. Buat hingga siap. Sapu kuning telur atas pastry tadi dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 190C selama 20 minit.


UNTUK SARDINE PUFF :

Keluarkan pastry tadi. Buat lubang pada bahagian tengah pastry (seperti dalam 
gambar), sudukan inti sardine hingga penuh dan letakkan beberapa cebisan keju mozarella. Buat hingga siap dan bakar kembali dalam oven selama 5 - 6 minit sehingga 
keju mencair dan kelihatan keemasan. Alih kan sardine puff tadi atas jaringan. Boleh juga ditebur serbuk lada hitam jika suka..


Semoga menjadi ye!
Selamat mencuba...