Friday, 3 July 2015

Salmon Croquettes



SALMON CROQUETTES

Bahan-bahan:

2-3 keping potongan ikan salmon- dibuang tulang dan kulit. Isi dihancurkan dengan menggunakan pisau.
4-5 biji kentang - di buang kulit
1 sudu besar daun bawang- dihiris nipis
2 biji telur
1 kiub stok pati ayam
Serbuk roti
Tepung gandum
Minyak
Garam
Serbuk lada hitam


Cara membuatnya:

- Rebus kentang terlebih dahulu sehingga empuk. Kemudian tapis airnya dan lenyekkan kentang sehingga hancur. Masukkan isi ikan salmon, kiub pati ayam, sedikit garam dan lada hitam. Gaul sehingga sebati. Biarkan ianya sejuk seketika dan baru dimasukkan hirisan daun bawang.

- Bentukkan adunan menjadi bentuk memanjang seperti silinder. Caranya adalah dengan menggolek adunan di atas permukaan yang rata. Taburkan sedikit teping supaya senang untuk digolek.

- Sediakan 3 bekas berlainan untuk diisikan tepung, serbuk roti dan telur yang telah dipukul. Kemudian celup adunan itu tadi ke dalam bekas berisi tepung dahulu, di ikuti telur dan serbuk roti. Ulang sekali lagi proses ini. Susun adunan di atas loyang dan simpan dalam peti sejuk selama 1 jam sebelum digoreng.

- Panaskan minyak yang secukupnya dan pastikan minyak betul-betul panas sebelum memasukkan croquettes. Goreng croquettes sehingga menjadi kuning keemasan.

Selamat Mencuba!


sumber : Lya Uzir Creative Living


Strawberry Mango Tango



STRAWBERRY MANGO TANGO


Bahan-bahan:
Untuk strawberi smoothies:
1 cawan buah strawberi
3/4 cawan susu- perisa strawberi
1/4 cawan yogurt asli/greek

Untuk mango smoothies:
1 biji buah mangga masak- dibuang kulit dan biji, dipotong kecil/kiub
1 cawan air minuman yogurt perisa mangga

Cara membuatnya:
- Kisar kesemua bahan-bahan untuk strawbei smoothies dan mango smoothies secara berasingan.
- Untuk membuat minuman ini menjadi double layer, tuang dahulu mango smoothies. Kemudian perlahan-lahan tuang strawberi smoothies diatasnya.


sumber: Lya Uzir Creative Living



Mix Berries Yogurt Smoothies


MIX BERRIES YOGURT SMOOTHIES

Bahan-bahan:
1 cawan mix berry
1 biji pisang
1/2 cawan oat
1 cawan ( atau lebih ) minuman yogurt perisa oren

Cara membuatnya:

- Masukkan kesemuanya di dalam mesin pengisar dan kisar sehingga hancur dan sebati.


sumber: Lya Uzir Creative Living


Watermelon Cooler

Satu lagi sharing resepi minuman segar...


WATERMELON COOLER
Bahan-bahan:

3 cawan buah tembikai yang telah dipotong dan dibuang biji
2 cawan air sejuk
3 sudu besar sirap ros
1/2 cawan air ice cream soda - optional
Daun pudina untuk hiasan

Cara membuatnya:

- Masukkan kesemua bahan ke dalam mesin pengisar kecuali air ice cream soda dan daun pudina. Kisar sehingga halus.
- kemudian masukkan air ice cream soda dan kacau sebati.


Tak tahannnn.... :))


sumber: Lya Uzir Creative Living


Blueberry Breakie Soothies

Cuaca panas betul sekarang ni... Memang tak tahan tengok gambar-gambar air minuman ni... ditambah dengan color nya yang soooo...purple tu :))


BLUEBERRY BREAKIE SMOOTHIES

Bahan-bahan:

1/2 biji pisang
1/2 cawan buah blueberry
1/4 cawan yogurt perisa asli/greek yogurt
1/4 jus oren
1/4 cawan susu segar
1-2 sudu madu (jika mahu)
Whipping cream dan granola untuk hiasan


Cara membuatnya:

Masukkan kesemua bahan kedalam mesin pengisar dan kisar sehingga semuanya menjadi sebati.

Nampak sedap kan?
Jom kita buat untuk berbuka esok...


sumber: Lya Uzir Creative Living

Thursday, 2 July 2015

Kuih Talam Keladi


Talam Keladi

Lapisan Bawah 

Bahan A

200gm tepung beras
20gm tepung ubi
1 1/2 sudu teh garam
300 ml santan pekat
700 ml air

Bahan B

200 gm keladi..buang kulit, potong dadu kecil n kukus n timbang

Caranya

1. Bancuhkan semua bahan sehingga rata2. Tapis dlm periuk n panaskan atas api selama 2/3 minit3. Masukkan bahan B4. Curahkan dlm loyang 10x10 yg dilapik plastik (cara melapik..letak sedikit minyak n letakkan plastik 14x14..dgn ini plastik melekat atas dulang dgn cantiknya)5. Kukus selama 25mnit

Lapisan Atas~Kepala

100gm tepung gandum
1 sudu besar tepung beras
250gm gula halus
4 biji telur grade A
200ml santan pekat
400ml air
sedikit pewarna unggu
1/2 sudu garam

Caranya:
Satukan semua bahan dlm periuk n kacau atas api selama 2/3 minitsebelum tuang ke atas lapisan bawah......guna kitchen tisu n lap lebihan air atas permukaan lapisan bawah tersebut...carik2 atau kelar2 dahulu mcm lukakan sikit permukaan bawah itu..tujuannya adalah untuk melekatkannya...pastu tuang pelahan2 agar tak berbuih n kukus selama 30 minit..

Loyang 10x10 



Kuih Talam Ubi Kayu


Talam Ubi Kayu

Kuning

Bahan:
800 gm ubi kayu yg siap di parut
250 gm gula pasir
300 gm santan pekat
sedikit garam
20 gm tepung gandum

Gula Merah

Bahan:
800 gm ubi yg siap di parut
200 gm santan pekat
*100 ml air
*100 gula pasir
*150 gm gula merah
garam sedikit
daun pandan
20 gm tepung gandum
*masak jadikan sirap

Campur semua bahan samaada kuning atau gula merah dalam loyang 10x10 yg dilapik plastik....n kukus selama 20min

Kepala
300 ml santan
500 ml air
100 gm tepung beras
20 gm tepung jagung
1 sudu kecil garam

Masak hingga naik wap..tuang kan ke atas ubi yg dikukus tadi...kukus lagi selama 20 min.