Nasi Paprik Bahan-bahan: ½ ekor ayam - dipotong kecil2 4 ulas bwg merah - ditumbuk 2 ulas bwg putih - ditumbuk 1 labu bwg besar - dimayang 2 btg serai - dititik 2 biji buah tomato - dipotong 4 5 biji cili padi (depends, kalau suka pedas boleh tambah lagi)- ditumbuk 2 biji limau kasturi - diambil jusnya 5 helai daun limau purut - carik-carikkan bunga kobis, kacang buncis/panjang, karot dan jagung muda sedikit sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis bahan2 perasa. Cara-cara 1) Panaskan kuali. gorengkan ayam (agak2 sampai masak, jgn terlalu garing). 2) Masukkan bawang merah, bwg putih dan cili yg ditumbuk, kacau sekejap. 3) Masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis. Biarkan mendidih sekejap dan masukkan pula sedikit air. masukkan serai, daun limau purut dan sayur-sayuran. 4) Bila dah mendidih, masukkan bwg besar dan buah tomato. semasa menghidang, perahkan limau kasturi. Selamat Mencuba... sumber
Anda nak buat hidangan untuk minum petang yang ringkas? Jom buat pancake! Cepat di masak, sedap di makan :)) PANCAKE Bahan bahan: 1 cawan tepung gandum 2 biji telur 1 sudu besar butter yang tidak keras (sy guna unsalted butter) 1 sudu teh serbuk penaik sedikit garam 1 cawan susu cair / susu segar Cara: 1. kisar semua bahan 2. panaskan pan. ambil sesenduk dan tuangkan ke dalam pan anti-stick dengan api yang kecil tanpa perlu letak marjerin pada pan. caranya tuangkan di tengah tengah pan dan biarkan ia melebar sendiri. 3. biar sehingga kelihatan lubang lubang seperti di bawah. kemudian alihkan..masak sebentar then angkat. 4. hidang bersama syrup choc dan mix dried fruits..ikot suka hati u..makan dengan butter, jem or etc. sumber
Sambal Tumis Terung Belanda BAHAN-BAHAN: 100 gm ikan bilis 200 gm terung belanda 15 tangkai cili kering | dikisar 1 biji bawang besar | dikisar 2 ulas bawang putih | dikisar 2 cm belacan | dikisar 1 sudu makan air asam jawa Garam dan gula secukup rasa Minyak untuk menumis CARA MEMASAK: 1. Panaskan minyak dan tumis bahan yang telah dikisar sehingga garing. 2. Kemudian masukkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa. 3. Kemudian masukkan ikan bilis dan terung belanda. 4. Kacau mesra dan masak buat beberapa ketika. 5. Sedia untuk dihidang. sumber
RESEPI TUNA ROLL Bahan - bahan : BAHAN INTI 1 tin ikan tuna, toskan 1 biji bawang besar saiz sederhan, didadu kecil 2 pokok kuchai @ 3 helai daun bawang, hiris halus 1 1/2 camca besar mayonnaise Serbuk lada sulah secukup nya Sedikit jus lemon BAHAN2 LAIN 2 biji telur, dipukul sedikit dengan 1 camca besar susu air dan secubit garam 7 - 8 keping roti sandwich Gardenia Serbuk roti secukupnya, mat guna kaler oren kekuningan Sos cili + mayonnaise, kacau rata.. CARA MEMBUATNYA 1. UNTUK INTI :- Satukan semua bahan2 untuk inti, kecuali jus lemon, gaul rata dan perah sedikit jus lemon dan kacau rata, rasa dan jika ok, ketepikan. 2. UNTUK TUNA ROLL RANGUP :- Canai sedikit roti sandwich tadi hingga leper. Ambil 1 camca besar penuh inti dan ratakan pada 2/3 bahagian roti, sapu telur pada bahagian depannya 3. Gulung kemas dan ketepikan. Telur tu umpama gam dia. Buat kaedah sama pada baki bahan2 hingga siap. Kemudian celup dalam telur tadi dan golek atas serbuk roti hingga semua bahagian bersalut rata. Ketepikan dan buat hingga siap. 4. Goreng dalam minyak sederhana panas hingga kuning keemasan, angkat, tos dan letak atas beberapa kepingan paper towel. Kemudian kerat dan hidangkan ikut gaya masing2 bersama sos cili + mayonnaise. Selamat mencuba untuk semua.. sumber
Assalamualaikum, hmmm..dah agak lama tak update resipi.. maaflah,.. akak ni sibuk mengambil tempahan untuk open house...sambil sibuk juga menghadiri open house teman-teman... sampai dah berkilo-kilo dah naik ni :)) Akak cuma sempat post gambar ke facebook aje di page BellaLicious.. Ok, akak tadi tengah layan fb, tetiba ternampak pulak post mengenai cara buat topping atau ising cake... hmmm.. jom kita share sesama.. semoga bermanfaat buat bakers..