Bahan-bahan
4 keping roti – dipotong kecil-kecil
1 tin susu cair (375 mL)
2 biji telur
4 sudu besar gula
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu besar butter
Sedikit kismis
Cara-cara
- Masukkan telur, gula dan esen vanilla di dalam bekas dan kacau hingga sekata.
 - Masukkan susu cair dan kacau adunan hingga sekata.
 - Sapu butter pada roti dan susun dalam loyang.
 - Tuang adunan ke atas susunan roti dan tabur kismis.
 - Kukus dengan api yang sederhana selama 20-25 minit.
 - Selepas dikukus, sejukkan di dalam peti sejuk sebelum dihidangkan.
 

No comments:
Post a Comment