Monday, 27 July 2015

Strawberry Panna Cotta


Resepi STRAWBERRY PANNA COTTA 

Bahan-Bahan:
  • 125 ml susu segar 
  • 75 ml whipping cream 
  • 2 sudu besar madu @ gula pasir (boleh tambah atau kurang) 
  • 1 sudu besar gelatin 
  • 1/2 sudu kecil vanilla secubit garam 
  • 2-3 sudu besar air panas mendidih 
  • strawberi secukupnya

Cara:

1. Satukan air panas dan gelatin, kacau agar gelatin larut sepenuhnya (maz panaskan dlm microwave selama 15-20 saat). Ketepikan.

2. Dalam periuk, panaskan susu segar dengan api perlahan biar sedikit panas (maz panas dalam microwave je), kemudian masukkan gelatin yang telah larut tadi dan kacau sebati. 

3. Masukkan whipping cream, vanilla, garam dan madu (suaikan la nak manis macam mana). Kacau agar semua sebati, padamkan api. 

4. Tuang dalam bekas/ramekin dan biarka dalam petiais sekitar 2-3 jam. Kemudian boleh la dihidang bersama sirap strawberi.


Sirap Strawberi :

Bahan-bahan :

  • 8-10 biji buah stawberi - dihiris 
  • 1/3 cawan gula @ secukupnya 
  • 2 sudu besar all purpose flour 
  • secubit garam

Cara :

1. Cuci buah strawberi dan toskan biar air sejat, kemudian hiris. 
2. Dalam periuk satukan semua bahan dan masak sambil dikacau sekali sekala hingga keluar jusnya , buah jadi lembut dan sirapnya sedikit pekat. 
3. Sejukkan dulu sepenuhnya sebelum guna (maz terus letak dalam peti lepas masak tu nak bagi cepat sejuk dan jadi pekat).


Sumber: ilhamdapurblogspot.com

No comments:

Post a Comment